Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday 23 January 2013

Jakarta


Perjalanan selama dua jam dari LCCT ke Terminal 3, Soekarno Hatta Aiport  Perbezaan masa ialah 1 jam lewat berbanding Malaysia. Teksi boleh didapati di hadapan pintu keluar,  samada teksi bermeter atau kereta sewa.  Kereta sewa biasanya akan menetapkan harga tetapi masih boleh dirunding.   Waktu saya sampai, kira-kira jam 4petang, suasana jalan yang jam, jadi saya memilih untuk mengambil kereta sewa ke Hotel Aston Rasuna.  Jarak 40km mengambil masa 2 jam untuk sampai.....macet sesangat  tambang kereta sewa rp200,000 (rm64).



Di luar Terminal 3 Soekarno Hatta Airport, tempat menunggu teksi.













Teksi tentulah lebih jimat jika hendak kesatu-dua destinasi dalam sehari.  Seperti yang selalu ramai orang berpesan supaya menggunakan teksi bluebird.  Pengalaman sendiri mendapati pemandu teksi bluebird (warna biru) lebih mesra pelanggan, berbanding dengan teksi yang lain.

Tetapi jika hendak melawat banyak tempat, dari satu tempat kesatu tempat yang lain, tentulah menyewa kereta lagi menyenangkan.  Bayangkanlah jika berbelaja sakan di Mangga dua, kemudian mahu ke Tanah Abang dengan  bimbitan yang banyak,  kereta sewa lebih sesuai untuk menyimpan sementara apa yang dibeli.  Kadar sewa kereta rp600,000 sehari untuk 10-12jam, termasuk kos minyak dan pemandu.  Memilih hotel biarlah berdekatan dengan lokasi yang ingin dituju supaya tidak membuang masa dengan kesesakan jalan.






Pandangan dari kamar 2101,  Aras 21 Aston Rasuna Hotel.

















Cantikya Monas (Monumen Nasional ) di waktu malam
dan kenangan bersama Nana...

Terima kasih Nana.... meskipun mulanya agak ragu menerima salam perkenalan yang dihulurkan. Perbagai persoalan...hatta pemikiran negatif menguasai positif...akhirnya...terima kasih kepada persahabatan.  Semestinya kami menunggu kedatangan Nana ke Kuala Lumpur dengan tangan yang terbuka.










Tempat wudhu di Masjid Istiqlal... masjid yang terbesar di Asia Tenggara.  Kesempitan hidup menjadikan mereka agak kreatif mencari rezeki...menjual bag plastik untuk menyimpan sepatu, atau 'menjaga' telekong.  Ramai anak-anak kecil meminta simpati diluar masjid.
Merancang masa ketibaan dan pelepasan seperti lewat malam atau awal pagi untuk mengelakkan masa kesesakan.  Selain daripada Malaysia Airline dan Airasia, pesawat lain laluan Kuala Lumpur - Jakarta ialah KLM, Garuda dan Mandela (Tigerairways)

Friday 18 January 2013

Berbelanja Di Jakarta

Jakarta memang terkenal dengan pusat membeli-belah.  Wikipedia menyenaraikan puluhan tempat membeli-belah di Jakarta.  Dari produk biasa hingga kepada mewah, keluaran tempatan mahupun luar negara.  Pertama kali mengunjungi Jakarta, saya cuma sempat mengunjungi beberapa tempat, yang selalu disebut-sebut orang Malaysia yang pernah kesana...

Tanah Abang -Pasar yang tertua di Jakarta.  Ada Blok A dan Blok B.  Merupakan pusat jualan secara borong.  Jika membeli 3 helai atau lebih akan dapat potongan harga.  Sesak dengan pengunjung tempatan, dan jalan sentiasa jam setiap hari, tidak mengira masa.  Saya hanya sempat ke Blok A.  Kain ela di Lantai B2, pakaian kanak-kanak  di Lantai G kurang menarik tumpuan saya.  Jika berpeluang lagi ke Jakarta, tempat ini bukan lagi pilihan saya.


Lantai B2 menjual fabrik dan kain ela

Ramainya...menunggu hujan reda









Pasar Mayestik -  Alamat Jl. Kiyai Maja, Gunung Village, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.
Pusat menjual fabrik.  Terdapat banyak kedai menjual bermacam jenis kain ela seperti cotton, chifon, lace, lycra dan lain-lain, samada yang murah atau mahal, bergantung kepada bajet masing-masing.  Kain langsir pun ada.  Ada toko yang boleh tawar menawar dan ada meletakkan harga tetap.  Di buka seawal 8.30 pagi.  Masa seharian belum tentu cukup bagi penggemar kain untuk menjelajah kesemua kedai.  Antara toko ialah Silk Route, Toko Ikobana di Jalan Tebah III.



Kain lace dari harga rp40,000 hingga rp300,000 semeter.
(rp100,000 = rm32)







Thamrin City - Jl Thamrin Bulevard, Jakarta Central
Berdekatan dengan Plaza Indonesia.  Banyak pilihan busanan muslimah.  Mesti pandai tawar menawar.  Yang tak bagi bye2 je lah..cari je kat kedai lain.

Sarinah Plaza -  Produk tempatan seperti batik, telekong, busana muslim dan hasilan perak .  Harga mungkin mahal sikit jika berbanding Tanah Abang dan semestinya quality juga berbeza.  Corak dan design juga ekslusif.  Contohnya saya membeli telekong bercorak batik, nampak kelainan dari telekong yang selalu dibeli. Kebetulan ada sale, dapatlah potongan harga 20%.  Saya suka ke sini kerana banyak pilihan.. moden dan local, di bawah satu bumbung.



 Antara yang dibeli..kain pelekat, kain telekong sangat selesa digunakan, baju untuk anak-anak.





Epicentrum Walk - Hanya 2-3 minit berjalan kaki dari Aston Rasuna Hotel.  Menjual produk kraf seperti batik dan busana.  Sempat makan malam di Restoran Dapoer Malayu dan berkenalan dengan pemilik restoran, Nana yang peramah dan baik hati.  Ada nasi lemak, roti canai dan juga masakan padang yang menepati citarasa, dengan harga yang berpatutan.



 Dapoer Melayu di Aras 1, Epiwalk








Hasrat untuk ke Mangga Dua tidak kesampaian kerana banjir dan dinasihati oleh pemandu teksi supaya tidak ke sana, memandangkan keadaan jalan jam dan hanya membuang masa sahaja.

Pesan Nana, berbelanja di Jakarta haruslah bijak.  Tahu apa yang hendak dibeli dan dimana tempatnya. Mesti pandai tawar menawar...mula dengan 60%.  Pasar-pasar seperti ITC Mangga Dua, Pasar Baru, Tanah Abang, Blok M di tutup sekitar jam 5 petang.  Manakala mall atau pasaraya seperti Sarinah, Plaza Indonesia, Mangga Square ditutup jam 10 malam.

Catatan ini sekadar pandangan peribadi saya, yang mungkin berbeza bagi orang lain.


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...