Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday 24 February 2014

Travelog SWINDON dan LONDON

Swindon?

Pegawai imigrasen yang mesra di airport Gatwick kehairanan bila diberitahu tempat tuju kami nanti..
ya.. kalau google pun tak banyak tempat menarik yang ada..
Pertama kali datang ke Swindon 5 tahun lalu... tu pun singgah masa perjalanan ke Stonehenge

gambar lama.. summer in London, Jun 2008
(stonehange)
Kereta telah ditempah awal dalam talian, kami terus ke kaunter Avis untuk menyelesaikan apa yang patut. Dah selesai urusan di airport, destinasi pertama yang dituju ialah Tesco, tak berapa jauh dari situ.  Beli makanan untuk bekal dan membeli sim prepaid Internet Orange, supaya dapat guna waze atau pun google map.  Mula-mula ok.. tapi lepas 10 minit tetiba je waze sepi.. pelik dan heran... jadi kenalah guna GPS yang tak berapa update, macam malas-malas je nak tunjuk jalan untuk sampai ke destinasi.

Selama 6 malam di UK, kami menginap di rangkaian hotel Travelodge.  Kadarnya yang murah, terutama jika ditempah sekurang-kurangnya sebulan awal. Suasana biliknya yang bersih dan selesa.  Sebab lain ialah sewa wifi untuk seminggu 20pound boleh diguna kat mana-mana rangkaian travelodge, berbanding kadar harian 10pound. Travelodge yang pertama ialah di Swindon town center.  Sebab tak ada parking, malam kedua dan ketiga kami berpindah ke Travelodge Cirencester, 15 minit dari situ, dan 3 malam lagi di Travelodge London Central City
Travelodge Cirencester
Swindon cumalah pekan kecil, mengambil masa 2 jam berkereta dari LGW untuk sampai ke Swindon.
Ramai penduduk Islam di Swindon, melebihi 3,000 orang, terdiri dari Deobandi (Bangali, Pakistan) dan Barelvi (Urdu, India).  Patutlah... selalu sangat berjumpa dengan mereka.. dari petugas kaunter Travelodge, di restoran halal, cashier dan di kedai-kedai.  Restoran halal pun senang dijumpai.



(sumber)
Semasa menuju ke Cirencester, melalui bulatan yang dipanggil 'magic roundabout' dan bila search... rupa-rupanya popular juga dia, menjadi tajuk perbincangan dunia. Terdapat lima simpang dan setiap simpang mewakili satu bulatan kecil yang mengelilingi bulatan besar di tengah. Melalui bulatan kecil mengikut arah jam dan bulatan besar yang di tengah-tengah tu di lalui ikut arah lawan jam.  Ia dibina pada tahun 1972 dan namanya diambil dari siri tv cerita kanak-kanak 'The Magic Roundabout'. Confuse juga bagi yang tak biasa macam kita ni... tapi bila dah beberapa kali melaluinya seronok pula membilang mini bun tu. Tak mustahillah ianya terhitung dalam senarai '10 scariest junction in the United Kingdom'.









Beberapa tempat membeli-belah di Swindon seperti...
The Parade - ada BHS, Topshop/topman, River Island,  Primaks, Poundland. dan..dan
The Brunel - ada M&S, Boots, House of Fraser, Pandora, 99p Stores, Sainsbury's...
Greenbridge Retail Park - antaranya ada Laura Ashley, Mothercare, Next, PC World, Argos, Clarks..

The Parade dan The Brunel letaknya bersebelahan.  Banyak tempat parking disediakan.. untuk 4 jam pertama bayarannya 2pound,  tapi kalau rasa nak bershopping lagi lama.. baik keluarkan dulu kereta dan masuk semula kerana lepas 4 jam rate parkingnya dah jadi 4x mahal.

Oh.. berbalik pasal wifi Orange yang tiba-tiba "buat hal" .., buat aduan kat kedai Orange di Swindon .. rupa-rupa semasa activate sim tu kat Tesco, depa salah pilih plan. Patut pun.. selepas lebihkurang 10 minit guna Waze, tiba-tiba Waze senyap sehinggalah tiba di Swindon tiada connection untuk mobile data.




Pihak Orange meminta maaf di atas kesilapan tersebut dan ianya hanya dapat dibetulkan semula selepas pada keesokannya memandangkan cuti tahun baru 1 Januari.












Hari terakhir di Travelodge Cirencester, kami dah bersiap sedia untuk check-out awal, supaya jam 10am dapat sampai di Bichester Village iaitu 1 jam perjalanan, kerana kereta mesti dihantar sebelum jam 5pm di Victoria, London.  Memandangkan masa yang terbatas kenalah express.. tuju beberapa kedai yang berhajat sahaja... hari pula hujan, pergerakan manjadi lambat dan terbatas..  Menjelang 1 tengahari dah bertolak ke London yang perjalanannya 1.5 jam.

on the way from Swindon to Bichester Village



tak dapatlah merasa salji... biasanya kalau akhir/awal tahun London akan putih dengan salji... tapi lain pula sekarang, hujan je..air sungai pun dah tinggi, beberapa tempat di UK ada yang banjir..

Bichester Village Outlet 

central zone 'C' congestion charge di tengah bandar London

Tak dapat tidak.. terpaksa juga melalui jalan yang bertanda 'C' untuk ke Travelodge Central City..
Canggih betul sistem depa... malam tu bila disemak kat web dengan memasukkan nombor kereta dah terpampang charge memasuki zone 'C'. Congestion Charge yang dikenakan adalah sebanyak 10pound... terus bayar online, jika tangguh ke hari berikutnya 12pound dan jika lepas sebulan (?) 100pound denda yang harus dibayar

Ini kes hp mama yang tertinggal dalam kereta... Lepas naik-turun hotel untuk memunggah barang ke bilik, men keluar pergi hantar kereta, mama dan adik kat bilik... baru perasan hp tertinggal.. dan adik cepat2 pm papa.. tapi masa ni papa dah dalam tube balik ke hotel.


Semalaman mama tak nyenyak tidur.. kalau betul hp tertinggal dalam kereta harapan untuk jumpa tentu ada... tapi jika tercicir tempat lain tentu tak ada rezekilah jawabnya. Esuk paginya sebelum pergi ke tempat lain kenalah berpatah balik ke tempat yang hantar kereta semalam.  Ya.. seperti yang disangka, telepon mama selamat di situ.. Alhamdulillah...

Menggunakan pas harian pengangkutan awam untuk zone 1 dan zone 2, tiketnya 7.5pound seorang dan percuma untuk kanak-kanak. Memandangkan hari hujan kami bercadang untuk ke Wesfield London... metro Line Hammersmith & City dan berhenti di Station Wood Lane.  Sebesar-besar Wesfield tu tak habis nak jalan sehari.  Seronok juga bershopping sebab ada jualan akhir tahun.  Bagi yang giler bershoping tu.. korang googlelah... memang banyak tempat bershopping di sini.  Terpulanglah..atas tujuan apa berkunjung ke London.. pasti jumpa apa yang diidamkan..

persimpangan Oxford Street dan Regent Street
deretan kedai di Oxford Street, berjalanlah selagi larat...
(sumber)


untuk ke Oxford Street boleh berhenti di station Mable Arch atau Oxford Circus, dan berjalanlah sepanjang jalan.. pasti ada yang berkenan di hati.  Selfridges berhampiran dengan Bond Street Station.  Kemudian boleh sambung lagi di Regent Street.



 Tinseltown.. 
American dinner & milkshake bar.. halal.. ada banyak cawangan, yang kami singgah ialah Tinseltown di Great Portland Street, di belakang kedai Topman Oxford Street.











Tarikh berkunjung: 31.12.2013 - 06.01.2014

Friday 21 February 2014

Muka masam untuk London City Airport (LCY)



self-tag kiosk
Sebelum ini biasa tengok mesin untuk check-in.. tapi ini pula ialah mesin tag stiker untuk bag yang akan di check-in.  Bila dah letak tag boleh terus ke kaunter drop bag yang tak payah beratur.  Mesin bersusun banyaknya tapi tak ramai yang guna.  Kami mencuba.. masukkan butir-butir yang ditanya.. 4 bag untuk daftar.. fail... Minta tolong staff yang bertugas.. pun tak dapat juga.. akhirnya kena juga beratur dalam barisan yang agak panjang.

Sampai giliran kami di kaunter... lebih timbangan??? kena bayar 40pound???... adusss banyak tu... bayar untuk yang tak sepatutnya dibayar..

Ceritanya begini..

Memandangkan kami tak nak bawa banyak bag yang besar-besar.. fikir mungkin tak muat kereta sebab sepanjang percutian ini kami bernormad dari satu destinasi ke destinasi.  Semua barang-barang disusun dalam 4 bag.. mana yang yang nak buka dulu..atau kemudian.. supaya tak perlu angkat semua bag bila sampai ke destinasi.
2 bag saiz bagasi dan 2 bag lagi saiz kabin.  Iberia membenarkan check-in 20kg untuk setiap penumpang... ok lebih dari cukup untuk kami berempat.
Masa check in... 4 bag untuk check in... 8kg, 9kg, 18kg dan 29kg.. jumlah 64kg.. kalau nak kira kami masih boleh bawa muatan hingga  80kg... tapi kami dikenakan caj lebih muatan untuk bag yang 29kg..alasan 20kg seorang dan tak boleh kongsi walaupun kami dalam satu group keluarga.

Kami tempah air ticket dari Iberia. Seperti kebanyakan airlines, mereka membenarkan bagasi sehingga 20kg per piece (ada yang lebih pun sekarang ni termasuk MAS) dan membenarkan "pool" sekiranya ada bagasi yang terlebih daripada 20kg berat (syaratnya asalkan tidak melebihi 32kg). Jadi OKlah bagi kami yang mempunyai limit 80kg utk 4 org. Yang tak OKnya apabila ticket Iberia yang kami tempah itu, flightnya di operate kan oleh BA (British Airways), code sharing la tu, agaknya. Syarat BA langsung tak boleh lebih 20kg PER PIECE, dan tak boleh "pool" (limit kami 80kg, actual bagasi weight kami 64kg).

So hati-hati tang bagasi ni. Sila baca polisi bagasi airlines yang anda akan naiki di website airline berkenaan, walaupun anda menempah ticket daripada airlines yang lain. 

Itulah pengajaran yang berharga 40pound... supaya lain kali tak terlepas pandang syarat dan peraturan setiap pesawat, terutama yang tak biasa naik.  Buat homework lebih sikit ya abang dan mama!!!

Pemeriksaan keselamatan yang ketat.. buka kasut, tali pinggang, jaket, buka shawl,  lap mesti dikeluarkan dari bag, liquid, toiletries yang kurang dari 100ml mesti dimasukkan dalam plastik clear, poket mesti dikosongkan.  Dua kali bag galas Theha melalui mesin pengimbas... rupa-rupanya ada terselit jus mangga dari pesawat Oman Air yang lupa dikeluarkan.

Pesawat yang sepatutnya berlepas ke Malaga, Spain pada jam 9.40am tertangguh 1jam..  ish.. ish.. dah lah pagi-pagi lagi 3jam sebelum kami dah sampai ke airport, bimbang jadi macam Ryan Air dulu..

red button untuk pengalaman hari ini di  LCY!!
 Dated: 19.12.2013


Monday 17 February 2014

Dairi Percutian di SPAIN dan LONDON


Percutian yang indah bersama keluarga, akan tetap tersemat dalam ingatan...

18.12.2013 KLIA - Muscat, Oman - Heathrow
5.30am sudah berada di Terminal KLIA.  Pesawat Oman air, dari KLIA ke Muscat, Oman perjalanannya selama 6 jam.   Selama 2 jam transit sebelum menyambung perjalanan ke Heathrow, London. Dalam perut pesawat 7 jam dan sampai di Terminal 3, Heathrow 5.40pm, hari sudah gelap.  Dah selesai semua urusan,  berjalan keluar terminal menunggu bas di bas stop No.18 untuk ke Hotel Comfort Heathrow.  Tiket boleh dibeli dari pemandu bas, GBP4 untuk seorang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.  Shuttle bus ini dari perkhidmatan hotel hoppa.

Alhamdulillah... Subuh di KLIA, jamak awal Zohor/Asar di Oman dan Magrib dan Isyak di London, memandangkan waktu di Oman 4 jam kebelakang dan masa London pula lewat 8 jam dari Malaysia.

19.12.2013  London City Airport - Malaga, Spain

Semalaman, mendapat rehat yang cukup, kerana awal-awal pagi kami mesti bersedia ke London City Airport untuk mengambil penerbangan ke Malaga, Spain, dengan menaiki pesawat Iberia (British Airway) Menggunakan khidmat teksi 24/7 yang telah ditempah dalam talian.

Sampai di Airport Malaga 1.35pm
Sewa kereta dari syarikat Atesa, Citroen Berlingo 5 seater selesa untuk kami berempat, dengan ruang bonet yang luas untuk memuatkan 4 bag yang dibawa.
Menuju apartment Ecuador Park di Torremolinos, 6km dari airpot, dipandu arah oleh GPS.
Selama 6hari 5malam di sini...  MALAGA, Spain
kereta kami untuk 11 hari di Andalusia

20.12.2013 Torremolinos ke Granada dan Siera Nevada (190km)

Putih Salji di SIERA NEVADA, Spain
Alhambra di GRANADA, Spain

Awal-awal pagi lagi mama dah terjaga, rasa dah puas sangat tidur... maklumlah waktu malam yang panjang, 7.33pm dah masuk waktu Isyak.  Sebelum masuknya waktu Subuh 6.55am mama sudah menyiapkan nasi lemak untuk sarapan dan bekal.  Santan segera, 2-3 helai daun pandan yang dibawa masih lagi segar kehijauan. Makanan lauk memang murah, udang sais XL dalam rm35/kilo dibeli di Super Marcado yang berhampiran semalam.  Walaupun dengan menu rebus semuanya, enaknya nasi lemak dengan sambal ikan bilis Yatisalem dan kicap manis Habhal. Pedas meletop.. sambal bilis tu tak keras dan berketul pun biarpun cuaca sejuk.
tak susah untuk menyediakan nasi lemak yang enak
walau di mana jua dengan sambal bilis Yati
Aktiviti hari ini khas untuk Theha, selepas penat perjalanan selama 2 hari.  Theha sangat seronok bermain, berguling-guling di atas salji..

...dah agak dah... anak mama tak boleh tak ada nasi..
kelaparan selepas bemain salji..
Bermain salji di puncak Sierra Nevada dan melawat al-Hambra di kaki gunung Sierra Nevada dalam masa sehari agak padat dan penat, tambah lagi dengan siang hari yang pendek, 6.11pm dah masuk waktu magrib. Jadi kami becadang bermalam di Granada supaya tidak perlu berulang-alik dari Torremolinos.  Booking hotel agak last minute, Hotel Carlos V tak jauh dari al-Hambra, interior yang menarik dan bilik yang selesa. Parking agak jauh dari hotel dengan kadar 15euro sehari.  Agak susah juga mencari sebab jalan sempit dan teragak-agak untuk masuk lorong yang dipandu GPS.




24.12.2013 Torremolinos - Gibraltar - Cadiz - Jerez  (281km)

GIBRALTAR... Jabal Tariq...

keunikan Cadiz kerana kedudukannya, tirus menganjur keluar dan dikelilingi lautan
pemandangan kincir angin semasa perjalanan dari Gibraltar ke Cadiz sejauh 122km 
tak lama singgah di Cadiz kerana hari yang hampir senja
bermalam di hotel Exe Guadalete, Jerez sebelum meneruskan perjalanan ke Sevilla

25.12.2013 Jerez- Srville  (92km)
3hari 2malam di Seville
Berkereta kuda di SEVILLE, Spain...

Kiosk membayar toll

Sepanjang memandu dari satu tempat ke destinasi seterusnya, tak ada istilah jam semasa melalui lebuhraya, terutama jika menggunakan highway yang bertoll.. lenggang sangat... siap boleh guna mesin untuk membayar toll... walaupun mengambil masa untuk masukkan duit-duit syiling tetapi tak ada pun kereta lain yang beratur di belakang.

Berbeza bila memandu di kawasan bandar, terutama bandar lama.. jalan sempit.. bulatan yang pelik.. petak parking yang kecil.. susah parking.. antara masalahnya..








Selain dari menggunakan GPS yang dibawa sendiri, ada juga backup dengan Waze atau Google Map sebagai penunjuk jalan kerana kadang-kadang en. GPS agak lembab atau tak jumpa mencari lokasi. Masalah untuk berkomunikasi semasa membeli prepaid kerana bahasa inggeris mereka sangat terbatas. Yang popular ialah Moviestar.  Kami membelinya semasa di Malaga tetapi tak tahu apa masalah..selepas 2 jam Moviestar tak juga dapat diaktifkan pada phone.. dan mereka memulangkan semula wang.  Kemudian kami membeli pula sim prepaid Orange.  Internet prepaid Orange 1G untuk tempoh 1 bulan harganya 10euro (sama juga dengan Moviestar), dah lebih mencukupi untuk kegunaan 2 minggu.

perlu tunjukkan pasport untuk daftar SIM prepaid internet

27.12.2013 seville - cordoba  (140km)
3hari 2malam di Cordoba
Mezquita-Cathedral CORDOBA, Spain



pembantu driver yang cekap membaca arah... turn left.. turn right.. kadang-kadang marah-marah kat GPS/Waze yang mamai dan lembab... nasib baiklah GPS tu tak pandai merajuk..

next trip.. abang pula yang jadi pemandu ya...

mama dan adik...vip kat belakang..








yummyy.. doner kebab di  lorong berdekatan Masjid Cardoba

29.12.2013 Cordoba - Madrid (394 km) 
3hari 2 malam di Madrid
MADRID, Spain...
Insan Kreatif mencari rezeki di MADRID..

Hari ini check-out awal memandangkan perjalanan yang agak jauh.  Plan asal untuk singgah di Toledo, tapi anak-anak kata dah penat tengok bangunan lama dan tempat sejarah, jadi teruskan perjalanan ke Stadium Bernabeu, kelab bolasepak Real Madrid destinasi yang wajib untuk abang pula.

nak ikut jalan toll atau tanpa toll?
euro19 for Bernabeu Tour

'KFC' di restoran D-K Kebab di dalam Centro Comercial,
bersebelahan dengan Stadium Bernabeu
Hantar kereta di Madrid Barajas Airport (MAD) Terminal 5. Di Madrid menggunakan pengangkutan awam Metro.  Memandu kereta di sini terasa agak mencabar walaupun cuma di pinggir bandar, apa lagi kalau di kawasan bandar.. banyak review yang kurang menarik dibaca.  Contohnya semasa memandu dari hotel ke airpot untuk pulangkan kereta, beberapa kali berpusing-pusing kerana banyak simpang yang mengelirukan.

Suhu di Madrid 2-7c, sejuk berangin dengan matahari silau, lebih sejuk berbanding tempat lain yang dikunjungi sebelum ini.

31.12.2013  Madrid - Gatwick, London (MAD - LGW
Dari Madrid Airport, Terminal 1, menaiki pesawat Easy Jet ke Gatwick, London, penerbangan selama 2 jam.
kiosk menjual jambangan bunga di airport
Semua urusan tiket pesawat dan hotel penginapana ditempah secara dalam talian melalui club percutian World Ventures.
Malahan penginapan di beberapa hotel adalah percuma dengan tebusguna Rovia bucks yang terkumpul dari tempahan yang sebelumnya samada dari koleksi point atau rebet perbezaan harga, iaitu:-

1 malam Comfort Hotel Heathrow
5 malam Ecuador Park Apartment di Torremolinos
1 malam Hotel Exe Guadalete di Jerez

Sekian, jumpa di London nanti...

Thursday 13 February 2014

Insan kreatif mencari rezeki di MADRID

Berbagai aksi...  masing-masing dengan gaya tersendiri, mencari kelainan supaya lebih menarik perhatian ramai..
Antara yang dirakam... kebanyakannya di dataran Plaza Mayor yang sentiasa sesak dengan pengunjung... tentulah mereka mengharapkan sumbangan atas usaha mereka.. terutama jika bergambar dengan mereka..
mula-mula ingatkan patong..
...orang rupanya...















di Gibraltar

Tarikh Berkunjung: 30.12.2014


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...