Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday 31 October 2014

India November 2014 - Memohon Visa India

UPDATE 

Sejak pertengahan tahun 2015, kerajaan India telah membolehkan pelancong-pelancong Malaysia memohon e-visa untuk ke India. Permohonan visa boleh dibuat secara online, tanpa lagi perlu menghadirkan diri ke pusat-pusat IVS. Pemegang e-visa boleh memasukki India melalui lapangan terbang yang boleh memproses kemasukan ke negara India melalui e-visa. Sila pastikan lapangan mana yang anda akan mendarat, selalunya lapangan terbang yang ada penerbangan terus dari Malaysia akan ada fasiliti proses kemasukan melalui e-visa ini. Terdapat 9 buah lapangan terbang di India yang boleh memproses kemasukan ini dan lapangan-lapangan berikut akan (ataupun sudah) ditambah :-
Jaipur, Amritsar, Gaya, Lucknow, Trichy, Varanasi and Ahmedabad. 
Sila layari laman Visa Online ini untuk keterangan lanjut serta memohon e-visa.


ARTIKEL ASAL

Permohonan Visa untuk memasuki India oleh rakyat Malaysia dikendalikan oleh India Visa Centre, IVS - (KLIK DI SINI). Di Malaysia, terdapat 9 buah IVS, iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching, Ipoh, Melaka dan Seremban.


Proses permohonan Visa Perlancongan (Tourist Visa) secaranya amnya adalah seperti berikut:-
1. Mengisi borang permohonan secara elektronik di online (Borang tulis tangan tidak diterima)
2. Hadir ke IVS pilihan anda untuk submit borang permohonan yang telah lengkap/siap dicetak bersama-sama dokumen lain (Paspot;2 keping foto saiz 2in x 2in; salinan paspot (untuk mukasurat yang mempunyai makumat diri dan tandatangan); confirmed air tickets; dan salinan surat beranak untuk anak-anak bawah 12 tahun.
Pemohon yang berusia 12 hingga 70 tahun diwajibkan hadir ke IVS untuk "Biometrik". Untuk pemohon bawah 12/lebih 70 tahun, tidak perlu hadir. Hanya borang lengkap bertanda-tangan/cap jari (seperti dalam paspot) perlu dibawa.
Bayaran (tunai) fee visa ialah RM168 seorang serta service charge (RM44 seorang).  Resit akan diberi bersama tarikh untuk datang semula ke IVS untuk mengambil visa (selalunya selepas 3 hari permohonan)
3. Datang semula ke IVS tersebut dengan resit bayaran untuk mengambil visa. (Sekiranya pengambilan melalui pos, charge tertentu akan dikenakan)

Mengisi Borang Permohonan Secara Online

Keterangan lanjut untuk permohonan "Tourist Visa" boleh didapati DI SINI.

Untuk mengisi borang permohonan, sila lawat "Online Indian Visa Form" dan klik "Online application link" yang tertera di laman tersebut.

Setelah anda klik link "Online application link" tersebut anda akan lihat borang permohonan tersebut. Sila catit "Temporary Application ID" yang tertera di ruang atas borang. Anda perlu memasuki  Temporary Application ID ini sekiranya anda tidak sempat habis mengisi borang dan ingin menyambung mengisinya di lain waktu. Terdapat 3 mukasurat yang anda perlu isi.

Setiap pemohon (termasuk anak-anak) perlu mengisi satu borang tersendiri (setiap orang akan mendapat Temporary Application ID masing-masing)

Sila isi segala butiran dengan tepat dan benar. Selagi anda tidak mencetak borang permohonan, selagi itu anda boleh mengubah butiran yang anda telah isi.


SEKIRANYA terdapat kesilapan butiran setelah anda mencetaknya, anda hendaklah membuat permohonan lain dengan mengisi semula borang ini dari langkah pertama serta menggunakan Temporary Application ID yang baru.

Semua borang permohonan hendaklah diisi secara electronik iaitu,. isi secara on line. Semua butiran "tulis tangan" akan di reject.

Anda boleh "upload" foto anda ke dalam borang online ini sekiranya mahu, ataupun (lebih senang) bawa saja foto anda ke IVS (either case anda kena bawa juga foto ke IVS).

Tiada sebarang bayaran dikenakan semasa mengisi borang di online. Semua bayaran hanyalah dibuat secara TUNAI di IVS pilihan anda.

Kesilapan yang kami telah lakukan:-
1. Gambar (foto pemohon) tidak mengikut ukuran 2 inci x 2 inci dan background warna "PUTIH"
2. Tidak meletakkan "BIN/BINTI" dalam nama kami. (Nama hendaklah EXACTLY sebagaimana tercatat di dalam paspot kita)
3. Salah satu daripada borang yang kami isi, tertinggal maklumat "Negara-negara yang pernah dilawati."
4. Salinan photostat muka depan paspot saja (mukasurat paspot yang ada tandatangan/ cap jari tidak dikemukakan)
Untuk kesilapan (1) gambar foto, di atas, walaupun saiz foto memang telah dinyatakan di laman visa itu, kami ingat gambar ukuran paspot biasa kira okay la. Saiz 2" x 2" ini agak pelik bagi kami. Kena reject juga. Untuk menjimatkan masa dan perjalanan ke IVS, kami pun ambil foto baru di IVS itu sendiri. Kena charge RM15 seorang untuk empat keping gambar yang bersaiz pelik itu.

Kesalahan (2) tidak meletakkan "BIN/BINTI" sedangkan dalam paspot ada "BIN/BINTI". Borang kami kena reject. Kami ada pilihan samada balik ke rumah dan buat semula borang permohonan yang baru di online, ataupun upah depa di IVS itu untuk buat semula borang.

Kesalahan (3) Oleh kerana mereka charge RM15 lagi untuk membuat semula borang permohonan baru (depa yang isikan kat komputer depa), untuk 4 orang pemohon, kami kata okayla... bayarla RM15 lagi dan isi maklumat yang tertinggal itu.

Kesalahan (4) kena bayar 50 sen bagi setiap salinan photostat.


Tips:-
i) Untuk visa perlancongan, sila pilih "Validity" = 6 bulan dan "Multiple Entries" kerana harga visa dan service charge adalah sama untuk 1 hingga 6 bulan, samada "Single Entry" maupun "Multiple Entries"

ii) Catit no. POSKOD referee di India dan referee di Malaysia (maklumat referees ini ditanya di dalam borang) - Walaupun kita isi borang permohonan dengan segala butiran, tidak semua butiran akan tercetak apabila kita mencetak borang tersebut, contohnya, POSKOD ini.

iii) Datang ke IVS sebelah pagi sebelum 12 tengahari. Dibuka pada pukul 9 pagi (kami mula masuk jam 8.45pagi untuk menyerahkan borang). Orang ramai. Sistem pengurusan permohonan adalah manual dan tidak canggih. Masa menunggu agak lama. Ruang terhad. Kerusi duduk tidak cukup. Aircond tak kuat. Kalau borang permohonan tu everything ok dan anda adalah yang terawal sampai ke IVS, mungkin ianya akan mengambil masa satu jam lebih untuk selesai.
(Giliran permohonan secara manual... ada yang diberi nmbor dan ada yang tidak)

(Walaupun awal pagi telah sampai, hampir tengahari baru selesai, itupun kena datang balik esoknya untuk submit yang anak bawah 12 tahun punya)

Kami selesai urusan memajukan permohonan visa tersebut tetapi terpaksa datang semula ke IVS keesokan harinya untuk memajukan borang anak yang berusia 12 tahun ke bawah. Borang yang dibuat semula itu perlu di cap jari (as per paspot) oleh anak.


(Bahagian atas mukasurat depan borang permohonan yang telah siap dicetak)

(Bahagian bawah mukasurat akhir borang permohonan yang telah siap dicetak)

Kami telahpun mengambil visa kami petang tadi. So...beres urusan visa....!! Inilah lebihkurang rupa visa yang ditampal dalam paspot kita tu..hehehee..






Tuesday 28 October 2014

India November 2014 - Perancangan

Kami tertarik untuk ke Kashmir/Srinagar dalam percutian hujung tahun kali ini. Memulakan perancangan awal dengan meng"google" pakej-pakej percutian yang ditawarkan di India. Tiga pakej kami combined untuk percutian kali ini:-
1. Kashmir/Srinagar (termasuk Gulmarg, Sonamarg,  Pahalgam)
2. Golden Triangle (Delhi-Agra-Jaipur)
3. Ramthambore Safari
Setelah mengisi on-line tentang rancangan percutian ini, kami dihubungi oleh 5 buah agensi perlancongan di India, lalu kami meminta mereka memberikan sebutharga masing-masing. Kami juga meminta kelab percutian kami, Rovia, supaya memberikan sebutharga serta cadangan percutian India ini.

Setelah kami menerima sebutharga masing-masing, kami mengambil keputusan untuk menolak cadangan percutian yang dikemukakan oleh kelab percutian kami kerana itinerari yang dicadangkan tidak menepati citarasa kami. Lalu kami mula meneliti itinerari yang dicadangkan oleh 5 buah agensi pelancongan India. Spesifikasi kami secara amnya adalah seperti berikut:-
i) Ground packages untuk 15 hari.
ii) Pakej Percutian keluarga, 3 dewasa dan 1 kanak-kanak.
iii) Meliputi ketiga-tiga percutian seperti yang dinyatakan di atas.
iv) Penginapan sekurang-kurangan bertaraf 4 bintang
v)Penerbangan domestik ke Srinagar dan lain-lainnya tempat dengan private family coach (kereta/SUV)
Setelah tarikhnya ditetapkan, kami meninjau tiket penerbangan pergi-balik dari KLIA (KUL) ke New Delhi (DEL). Kami guna booking website kami yang memenangi award World's Leading Travel Booking Website

Kami dapati Malaysia Airlines (MAS) menawarkan harga yang paling murah lalu kami terus menempahnya. Waktu itu MAS membuat promosi harga tiket MATTA di masa harga tiket menerusi laman web MAS adalah lebih murah dari yang kami telah tempah.

No worries. Kelab Percutian kami menjamin harga tawarannya dengan ROVIA PRICE PLEDGE. Sekiranya adalah tawaran lain yang lebih murah dari Rovia, melalui Rovia Price Pledge ini, mereka akan membayar balik 150% dari perbezaan harga tersebut. Kami buktikan kepada Rovia bahawa tiket yang sama yang ditawarkan oleh MAS adalah lebih murah dari yang kami tempah dari Rovia. Kami kemudiannya dibayar balik lebihkurang dalam USD300 setelah kami membuat tuntutan Price Pledge, menjadikan harga tiket kami lebih murah dari yang ditawarkan oleh MAS waktu promosi MATTA tersebut. Memang berbaloi kami menjadi ahli kelab percutian ini.



(LUCKNOW)
Sementara itu kami dapat berita ini... banjir besar sejak 109 tahun (kalau tidak silap) melanda Kashmir/Srinagar. Walaupun banjir tentunya sudah surut akhir tahun nanti, tetapi, agen-agen pelancongan di India menasihati supaya membatalkan hasrat percutian di Kashmir/Srinagar. Mereka jangka keadaan tidak akan pulih sehingga akhir tahun, dikhuatiri keadaan kesihatan serta wabak penyakit masih menular.

(AGRA)
I say man! Kalau tiket penerbangan KUL-DEL belum dibeli, semestinya kami menukar 180darjah hasrat percutian ke India sebab Kashmir/Srinagar  merupakan agenda utama percutian yang didambakan seisi keluarga.

Tidak lama selepas itu, berita ini pula dilaporkan... India and Pakistan exchange fire in Kashmir border clashes. Terus tukar plan, gantikan Kashmir/Srinagar dengan Lucknow serta Jodphur, yang melibatkan 2 penerbangan domestik (Delhi-Lucknow dan Jodphur-Delhi) dan perjalanan dengan keretapi dari Lucknow ke Agra.


Daripada 5 agensi pelancongan India yang mengemukakan tawaran,  satu daripadanya ditolak awal-awal kerana kami tidak yakin dengan prestasinya setelah meneliti beberapa "reviews" terhadap agensi-agensi pelancongan berkenaan yang dikemukakan oleh badan-badan review termasuk tripadvisor, serta juga reviews yang ditulis oleh pelancong-pelancong yang pernah mengambil pakej dengan agensi berkenaan.

Akhirnya, 4 buah agensi pelancongan mengemukakan tawaran pakej yang menepati cita rasa serta tiada "reviews" yang negative atau teruk terhadapnya. Oleh itu, kamipun memilih agensi yang membuat tawaran yang paling murah di antara keempat-empatnya itu.

Tapi India memanglah India. Cut throat bisnes!! Selepas membuat pilihan, 3 buah agensi yang tidak berjaya itu masing-masing menawar harga yang lebih murah daripada yang asal. Ada satu daripada agensi tersebut menyatakan "whatever the lowest price you get, we will cut our price 100 rupees below the lowest price" !! Tetapi, kami menolak semua tawaran itu dengan baik kerana bimbang nanti ada "cut-corners" here and there. Lagipun kami sebelumnya telah meminta setiap mereka supaya mengemukakan tawaran harga muktamad setelah kami bersetuju dengan itinerari yang ditawarkan. Ada yang bagi diskaun dan ada yang tetap dengan harga tawaran asal sebagai tawaran muktamad mereka.

Hotel-hotel penginapan juga telahpun ditempah. Permintaan asal untuk hotel di Agra dan Jodphur terpaksa ditukar kerana tiada kekosongan pada tarkh-tarikh berkenaan:-

 

Warga Malaysia perlu mengambil visa untuk masuk ke India. Kami telahpun memohon Tourist Visa dan kini sedang menunggu kelulusannya. Memohon visa ini juga merupakan suatu pengalaman yang menarik. Tunggu artikel kami selepas ini. Kami akan cuba memberi panduan memohon visa melalui pengalaman kami sendiri agar (sekiranya anda ingin memohon visa India), permohonan anda akan lancar serta tidak bermasalah.

 Perkara-perkara lain yang belum selesai setakat ini:-

1) Tukar wang US dollar dan India Rupee
2) Insuran percutian/perjalanan
3) Lawatan ke klinik kesihatan untuk mendapatkan ubat-ubatan yang diperlu untuk dibawa bersama

Next post... memohon visa India....

Thursday 23 October 2014

Turki (Jun 2011) - Part 3 : Ankara & Istanbul

Dalam perjalanan balik dari Cappadocia ke Istanbul, kami singgah di Ankara untuk melawat memorial Kamal Ataturk memorial di Anitkabir. Tak banyak amik foto, tapi tengoklah imej-imej google di sini.


Ini dekat Izmit, dah nak sampai ke Istanbul.


Sampai di Istanbul.. sebelum ke hotel, pemandu pelancong kami singgah sebentar di apartmentnya (gambar kanan). Hari sebenarnya dah malam tapi foro apartment tu (di ambil dari tepi jalan) nampak macam hari masih cerah.


Di antara tempat-tempat yang kami lawati semasa di Istanbul :-

1. Blue Mosque (Sultan Ahmed Mosque)
2. Sulaymaniye Mosque
3. The New Mosque

Gambar-gambar di bawah ini dah bercampur-aduk. Lupa dah gambar yang mana satu untuk masjid yang mana satu.


 Yang ini "Obelisk of Theodosus"


Haghia Sophia - Kami pernah menulis mengenainya DI SINI.
(BAHAGIAN LUAR HAGIA SOPHIA)
(BAHAGIAN DALAM HAGIA SOPHIA)
Tak ingat dah apa dia ni... tapi acara kami selepas ini adalah menaiki cruise untuk makan tengahari di tengah-tengah terusan/laut.....


Menyusuri Bhosporus Strait, menyaksikan Dolmabahce Palace dari cruise kami...








Gambar-gambar yang di ambil dari menara restoran ...

Kembali ke pangkalan selepas makan tengahari..



Topkapi Palace - Mesti ziarah kalau dah sampai di Turki. Di sini terdapat helaian janggut Nabi disimpan rapi bersama barangan tinggalan sejarah Islam serta lain-lain sejarah. Bagi kami, jika ingin melihat tinggalan sejarah Islam dan Greek kuno, lebih elok ke Turki daripada pergi ke Greece atau Mesir/Arab.

(Ini Topkapi ke? lupa dah apa benda ni)

Rasa-rasanya, semua foto di bawah ini di ambil semasa melawat Topkapi Palace. Tak sure...
 

Dan yang ini, langsung terus lupa.. apa kebenda sejarahnya dan di mana gambar ini diambil..



Tamat cerita percutian 2011 Turki... ingat nak pergi lagi ke Turki..... one of the best vacation beside New Zealand, bagi kami..




Thursday 16 October 2014

Turki (Jun 2011) - Part 2 : Parmukalle, Cappadocia, Mevlana Jalalludin Rumi


Parmukalle - Kami dulunya dah buat entri pasal Parmukalle DI SINI.

Ini foto-foto semasa dalam perjalanan ke Parmukalle...


Pemandangan di sekitar Parmukalle...


Ini gambar di penginapan kami selepas melawat Parmukalle. Waktu tiba di tempat penginapan, hari sudah menjelang sore. Makan malam kami disediakan di kawasan kolam renang, tempat terbuka yang membolehkan kami menikmati pemandangan malam yang menarik. Sebelum makan malam, kami berendam di kolam air panas semulajadi yang disediakan di dalam kawasan hotel. Sudah tidak ingat apa nama hotel dan exactly di mana tempatnya.



Perjalanan seterusnya adalah ke Konya....


Di Konya ini terdapat makam Maulana Jalaluddin Rumi. Satu entri blog (yang nampaknya meminati Rumi) mengenai Konya ada DI SINI. Tidak banyak foto dapat diambil di dalam kawasan makam Rumi kerana foto tidak dibenarkan. Imej-imej makam Rumi dari google boleh dilihat DI SINI.


Selepas Konya, kami melawat "Derinkuyu Underground City", sebuah perkampungan/kawasan di Cappadocia. Di sini kami berpeluang meninjau kawasan-kawasan di mana di zaman dahulu mereka membuat penempatan di bawah tanah. Kami meninjau dengan memasukki lubang-lubang dan lorong sempit untuk tiba ke kawasan kediaman yang lebih luas serta lebih dalam di bawah tanah. Sungguh menarik. Gambaran videonya boleh dilihat DI SINI.


Perjalanan diwaktu sore, menuju tempat penginapan di Cappadocia. Kami melawat semula sekitar kawasan ini pada keesokan harinya untuk menikmati pemandangan-pemandangan rupabentuk bumi semulajadi yang sangat indah.




Ini snapshots dari tempat penginapan kami ke arah tempat Hot Air Balloon.


Lawatan ke beberapa tempat yang menarik di sekitar Cappadocia yang mana pemandangan bentuk mukabumi semulajadi begitu menarik..







Di sebelah malam, kami menyaksikan The Whirling Dervish di Dervish Evi. Whirling Dervish ini sebenarnya tidak termasuk dalam itinerari pakej percutian kami, tetapi sejak awal-awal lagi kami telah memberitahu pemandu pelancong kami yang kami hendak menyaksikan "tarian" ini. Persembahan Whirling Dervish ini ada di banyak tempat di Turki. Kalau sampai di Turki, jangan lepas peluang untuk menyaksikan sendiri "tarian" yang di asaskan oleh Mevlevi Order (kumpulan sufi pengikut Maulana Jalaluddin Rumi) 








Part 3 yang akan menyusul selepas ini... balik ke Istanbul. Dalam perjalanan balik kami singgah di Tuz Lake. Entah kemana dah foto-foto yang kami ambil di kawasan tasik garam ini.


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...