Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday 23 November 2014

India Nov 2014 - Day 1 - Dari KL ke Delhi

Penerbangan kami, MH0190, dari KLIA ke Indira Ghandi Airport New Delhi, berlepas pada 20/11/2014 jam 06:50pm.


MH0190 dari jendela Golden Lounge...
Sementara menunggu masa berlepas kami bersantai sambil makan-makan di MAS Golden Lounge.




Sewaktu mula boarding, ribut petir melanda. Penerbangan kami tertunda selama lebihkurang 20 minit dari jadual asal, untuk menunggu ribut petir reda sedikit sebelum dapat berlepas.



Penerbangan mengambil masa 5 jam lebih dan kami mendarat di Indira Ghandi International Airport Terminal 3 pada jam 9:55 malam waktu Delhi. Waktu Malaysia dah tengah malam. Di luar airport menunggu ketibaan kereta kami.


Dari airport ke hotel penginapan kami, Radisson Blu Dwarka, mengambil masa lebihkurang 20 minit.


Menunggu urusan check in untuk naik ke bilik di Tingkat 7, untuk tidur. Oh ya, untuk masuk ke hotel, tetamu kena scan dulu menerusi pintu/gerbang scan seperti di airport. Ini merupakan laluan masuk ke hotel. Lupa pula nak ambil fotonya.



TIPS

Air Minuman di India

'Biseri' adalah jenama utama bagi bottled water di India. Tapi kami rasa ianya bukan air mineral tapi air yang ditapis/RO. Jenama 'Bisleri' ini disediakan oleh pihak hotel dan juga menjadi daily supply untuk kami yang disediakan oleh tour operator kami. Jenama ini juga disediakan di atas kapalterbang domestik. Ada juga yang jenis mineral, di mana perkataan "Mountain Water" tertulis dibotol.

Untuk makluman lanjut/panduan mengenai air minuman di India, sila lawati laman berikut:-

Ini pemandangan sekitar hotel keesokan harinya, sebelum kami berlepas ke Lucknow dengan penerbangan domestik, GoAir disebelah petangnya.

 
 
 
 



Tuesday 11 November 2014

DIY, Craft and Recycle 2. Penyangkut Tudung


Ada ketikanya.. bila rasa rajin..

DIY... tempat menyangkut tudung..
menyelesaikan masalah tudung yang bergantungan di sana-sini





Yang diperlukan cuma...
hanger
penyepit kain
tali pengikat cable tie










dan inilah hasilnya....








Saturday 8 November 2014

Diy Craft and Recycle 1.. Hamparan Denim

Ada ketikanya.. bila rasa rajin..

Kitar semula, membuat rug @ alas kaki dari seluar jean terpakai..



Seluar jean dipotong menjadi perca kain bersaiz
2cm x 12cm.  Untuk permulaan banyak yang diperlukan, guntinglah 4-5 helai seluar dulu..

Jaring plastis ini dibeli dikedai hardware

Proses mengikat perca kain pada jaring,
satu persatu... sampaikan sakit jari jemari...
berhenti dulu.. sambung pula pabila rajin..

sehari..

seminggu..

sebulan...

lama menyiapnya... adalah berbulan-bulan...



















bila dah siap.. cantik pula hasilnya..
menjadi hamparan di penjuru tangga...
untuk meyiapkan rug yang bersaiz 60cm x105cm ni
saya menggunakan 16 helai seluar jean...

Buat satu lagi...? mmmmm...



Wednesday 5 November 2014

Air Asia oh! Air Asia

Dapat SMS ni kat phone:-


Ini emelnya:-


AirAsia dah assigned flight lain untuk booking ni. Pertukaran hanyalah melibat jam berlepas yang lebih lewat sikit daripada yang asalnya ditempah. No big deal sebab kita pun bukan ada temujanji atau meeting yang perlu hadir pada jam sekian-sekian.

Flight 3 hari lagi dan rasanya nak pilih flight lain yang lebih awal sikit daripada yang telah diassignedkan oleh AirAsia, so kita "click here" lah untuk option lain.

Ada 2 choices, nak tukar flight lain ataupun nak credit akaun. Kalau pilih kredit akaun, amaun yang sama yang telah dibayar untuk booking ini akan disimpan di dalam akaun selama 90 hari untuk kita buat future booking.


Bila klik "Flight change" adalah beberapa option flight untuk kita pilih.

BENGANG # 1 - Ya Allah!!! Bila pergi website AirAsia untuk menukar flight ini, SLOW nak mampus!! Dok cuba nak tukar flight ni sambil tunggu anak bangun/mandi/bersiap untuk ke sekolah. Akhirnya terpaksa hantar anak ke sekolah dulu sebab websitenya mengalahkan pergerakan siput oink-oink yang demam!!

Balik dari sekolah anak, cuba buat lagi. Yey!! Dah laju. Dah pilih flight yang berkenan tu, sampailah pula ke part depa suruh pilih seat.

BENGANG # 2 - Nak pilih seat macam mana kalau dah gambarnya tak keluar?!! Kalau tak pilih seat, dia tak bagi move on to the next step pula. Kena juga pilih seat (yang tak boleh pilih sebab tak de gambar yang keluar!!) Dok buat banyak kali, hampir sejam stuck kat sini saja! Tak keluar-keluar juga gambar seat untuk membolehkan kita buat pilihan.


Setelah berkali-kali mencuba (dah berpuluh kali rasanya), maka keluarlah gambarajah untuk membolehkan kita memilih seat:-



BENGANG # 3 Tekan punya tekan seat yang masih "available", nothing happened!! Nombor seat yang dipilih tu tak register masuk dalam box tu. Cuba taip sendiri nombor seat ke dalam box tu pun tak jadi juga. STUCK juga lagi kat sini, tak dapat move on to the next step walapun dan cuba berkali-kali!!!



HOI !!! Kalau tak bagi customer tukar, nak suruh TELAN saja apa yang awak dah assigned tu, cakap sajalah!!! Jangan diberi option tukar yang TAK BOLEH NAK TUKAR TU!!! BUAT PEGHABIH BOREH, MASA DAN TENAGA saja deal dengan AirAsia nih!! 

Yang bengangnya, bukan kerana flight re-schedule sangat, tapi option yang dibagi untuk tukar flight tu YANG MEMANG TAK GUNA!! Imagine kalau customer tu ada appointment/meeting penting dan rescheduled flight yang telah di assigned kan oleh Air Asia tidak sesuai dengan customer tu?!!

Last-last terpaksa juga TELAN rescheduled flight yang di assigned kan oleh depa!! Bengang sebab habis masa, tenaga dan boreh dok cuba nak tukar flight, nak dapatkan yang lebih sesuai untuk kita!!

Satu lagi insiden buat kita makin hendak berfikir berpuluh kali sebelum beli tiket AirAsia.

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...