Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday 29 July 2015

Jun 2015 - Vienna, Austria

03/06/2015 till 05/06/2015

Keretapi Railjet dari Budapest (Keleti) ke Vienna (Wien Westbahnhof)


Dari stesen Wien Westbahnhof, kami ambil metro U6 menghala ke Floridsdorf, ke stesen Alser Strasse (hentian ke-4). Dari sini, naik Tram 43 menghala Schottentor, untuk turun di stesen Alser Strabe (hentian pertama), lebihkurang 50 meter dari apartment penginapan Hotel-Pension Astra.

Penjaga apartment sangatlah membantu, menerangkan tentang tempat-tempat menarik dan pengangkutan yang perlu diambil. Jadi adalah sedikit gambaran di mana hendak bermula cerita di Vienna.



Oleh kerana hari esoknya (04/06/2015) seluruh Vienna bercuti untuk hari Corpus Christi, kami keluar petang tu juga untuk bersiar-siar ke bandar sambil mencari Hard Rock Cafe.  Penjaga apartment juga berpesan supaya membeli bekalan makanan kerana semua kedai akan ditutup.


Hentian menunggu Tram dekat sangat dengan apartment, boleh menaiki tram no 43 atau tram 44 untuk ke bandar.  Kami menaiki tram 43 berhenti di Schottentor.. kemudian naik pula tram ? (tak ingat dah no. tram) dan kemudiannya turun di station berhadapan dengan Vienna State Opera. Tourist information terletak di Albertina museum, yang tidak jauh dari state opera.

State Opera

Laluan tram berhadapan Vienna State Opera... pening juga untuk memahaminya...


Masa untuk balik ke tempat penginapan..


Semasa dalam tram, terserempak dengan si kawan "pelik itu".. dan berjaya merakam gambarnya...



Hari berikutnya, iaitu hari cuti umum bagi Vienna, kami berkunjung ke kawasan tarikan pelancongan Vienna.  Kebanyakan tempat-tempat menarik berada disepanjang Ringstrasse road.  Bermula di hentian  Schottentor, mula-mula kami berkunjung ke Universitat.  Sebelahan dengannya ialah Rathausplatz.  Tak tersedar kaki melangkah hingga sampai ke Parliament, walaupun dengan pass harian metro, boleh saja jika hop in dengan tram.  Kami selesa berjalan kaki bersantai meninjau keindahan senibina bangunan dan di beberapa tempat ada free wifi.

Sekitar Rathauspark

 


BurgTheater



Vienna City Hall

 
 
 
 

Tidak berapa jauh dari Rathauspark, adalah kawasan bangunan Parlimen Vienna..


Historic Centre of Vienna adalah salahsatu kawasan yang disenaraikan di dalam senarai UNESCO's World Heritage site.


Di seberang jalan bersebelahan Historic Center adalah kawasan Old City.  Ada perarakan menyambut hari Corpus Christi ("The Last Supper", iaitu sehari sebelum Jesus dipercayai disalib)


Kawasan "Old City Vienna"

(Pandangan pintu masuk Old City dari seberang jalan)

(Pemandangan kawasan hadapan)

(Perarakan "Corpus Christi" di Old City)


(Replica Wien Vienna dipamerkan di Old City)





Pemandangan setelah keluar melalui "pintu belakang" kawasan Old City. Singgah untuk meninjau Tourist Information Center yang terletak di Albertina Museum.


Di kawasan Stephen Church, sesak dengan local yang menyambut Corpus Christi untuk memulakan acara mereka di gereja ini, dan juga pelancong.  Kami mencari stesen metro Stephansplatz untuk kembali ke tempat penginapan.. sebelum ke Schonbrunn Palace, (artikel selepas ini) di sebelah petang nanti..


Votivkirche - gambar dari seberang jalan


Sunday 12 July 2015

Jun 2015 - Budapest, Hungary

Dari 01 hingga 03 Jun, 2015

Setelah penerbangan selama 6 jam dari Dubai UAE, akhirnya kami menjejak kaki di lapangan terbang antarabangsa Ferihegy, Budapest sekitar jam 12:45 tengahari.  Prosidur imigresen yang mudah dan pantas, jadinya kami tidak mengambil masa yang lama untuk keluar ke balai ketibaan. Pun begitu kami tersangkut juga kerana beg-beg kami yang lambat sampai, hampir 45 minit menunggu di tempat mengambil beg kerana katanya terdapat masalah teknikal mengangkut dari kapalterbang. Bukan kami sahaja, ada sebahagian lain penumpang turut juga mengalaminya.

Keluar dari balai ketibaan, kami mencari kaunter teksi untuk ke tempat penginapan, Nova Apartment.

Oleh kerana kami belum lagi ada Forint, HUF (matawang Hungary), kami membayar teksi menggunakan matawang Euro,  €50 dikembalikankan baki HUF7,000 (lebihkurang €23)

Tukaran wang (pada waktu itu) ialah €1 = HUF 304 = RM4.20

TIPS : Sekiranya lebih daripada 2 orang dan belum biasa lagi di Hungary, lebih baik naik teksi dari airport ke Budapest kerana kosnya adalah lebihkurang sahaja jika dibandingkan dengan tambang bas dan kemudian metro untuk sampai di destinasi penginapan di Buda atau di Pest. Tidak payah pening kepala, faktor makan buah langsat  cherry serta lambat sampai, lagi-lagi kalau membawa beg besar ke hulu ke hilir.

LAGI TIPS : Nak shopping luggage? Beli yang ada 4 roda, boleh pusing 360 darjah. Elakkan luggage bersaiz lebih besar (lebih banyak muatan, lebih berat), kecualilah anda ada tukang bawa beg semasa nak naik kenderaan awam seperti tram, bas, keretapi dan seumpamanya (kami ditolong orang tempatan semasa menuruni/menaiki tangga di stesen metro dan menaiki tram sebelum luggage besar dapat diletakkan diam-diam di aparment). Teksi biasa pun belum tentu muat nak bawa semua luggage anda sekali gus.


Sampai ke apartment sebelum jam 3 petang, tetapi belum boleh masuk apartment lagi. Kami diberi ruang di dalam stor ofis apartment untuk menyimpan beg-beg sementara menunggu waktu check in.


Kami kemudiannya berjalan kaki ke stesen metro Blaha Lujza ter yang tidak berapa jauh dari apartment, untuk ke stesen Keleti Palyaudvar, bagi menempah tiket keretapi ke Vienna.



(Foto di Keleti semasa sudah hendak bertolak ke Vienna)

TIPS - Membeli tiket keretapi

Pada mulanya kami ingin membeli tiket secara online, melalui Rail Europe semasa masih berada di Malaysia lagi, tetapi terasa 'complicated' kerana terpaksa mengambil 'tiket sebenar' di kaunter-kaunter rail europe (tidak nampak pula ada kaunter rail europe in di Budapest). Tiket boleh juga dihantar melalui pos (tambah kos) setelah tiket ditempah online. 

Tiket boleh juga dibeli melalui OBB portal (lebih murah dari Rail Europe walaupun menaiki keretapi Railjet yang sama.)  Semasa membuat online search di OBB, tiada pula keretapi direct (Railjet) ke Vienna. Yang ada pada masa itu adalah perjalanan yang memerlukan pertukaran keretapi sebelum sampai ke Vienna. Siap download apps OBB Scotty lagi sebagai langkah persiapan.

Kami mengambil keputusan untuk membeli tiket di kaunter setelah sampai di Budapest nanti, dengan harapan tiket yang menepati rancangan perjalanan kami itu masih ada.  Rupanya syarikat keretapi Hungary adalah MAV-START.   Walaupun begitu, pembelian online masih agak rumit. Walaupun Railjet sebenarnya adalah keretapi Austria, tiket Railjet juga boleh diperolehi kaunter MAV-START.

Kos tiket Railjet dari Keleti (Budapest) ke Vienna (stesen Wien Westbahnhof) adalah HUF8,990, lebihkurang RM120 untuk seorang penumpang dewasa. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah separuh harga (RM60). Tempoh perjalanan keretapi lebihkurang 3 jam, dengan jarak lebihkurang 250km (tak boleh lawan Jepun)


Bersiar-siar di Budapest

Sehari penuh di Budapest kami membeli pass family (untuk 4 orang) di kaunter stesen metro. Day pass ini boleh digunakan untuk tempoh 24 jam, berharga HUF3,300 (lebihkurang RM45).  Ianya lebih senang dan ekonomi jika berbanding tiket biasa HUF300/sehala/1 stesen untuk seorang (RM4). Dengan pass family ini, anda boleh menaiki semua jenis pengangkutan awam yang ada di Budapest. Day pass ini terbukti menguntungkan setelah kami makan buah langsat cherry lagi kerana tersilap naik bas semasa hendak balik dari Campona.


Budapest, ibu negara Hungary ini adalah dari gabungan dua nama bandar Buda dan Pest yang terpisah  oleh sungai Danube.  Pest meliputi sebahagian besar pusat bandar.

Foto sekitar Pest...

 


Di Buda pula kami sempat melawat St Stephen's Basilica (gereja terbesar Budapest), Buda Castle (a world heritage site), Campona dan Citadel. 


Pemandangan dari Buda Castle, jelas kelihatan bangunan Parliament dan Chain Bridge (jambatan tertua dan paling popular di Budapest)


Shoes by the Danube... ini ceritanya di sebalik barisan kasut simbolik kepada peristiwa "one of the most moving memorial".... Untuk ke sini, kami berjalan kaki menyusuri Sungai Danube dari bangunan Parliament.


Budapest Parliament, ketiga terbesar di dunia...


Heroes Square, largest square in Budapest...


Palace of Wonders (CSOPA) di Campona Mall, scientific playground for children... Campona adalah iternary tambahan memenuhi permintaan Mia ... semestinyalah bila ada kanak-kanak, tak banyak sikit pun kena masukkan tempat kesukaannya dalam list percutian.


Citadel....(on top of Gellert Hill, part of the UNESCO World Heritage site)

Untuk mendaki hingga kepuncak bukit, ianya mengambil masa dalam 30 minit, jalan yang tidak sekata dan agak mengah jugalah mendaki. Tapi berbaloi.. bila sampai dipuncak.. pemandangannya... cantik sangat..

Sebelum sampai ke puncak, akan jumpa Rock Chapel.


Sebenarnya masa yang kami peruntukkan 1 hari setengah (2malam di sini) sangat terhad untuk mengenali Budapest.  Jadinya itinerari pun agak padat dan memenatkan. Banyak lagi tempat yang menarik yang tidak sempat kami kunjungi. Kemungkinan besar kami akan mengunjungi lagi Budapest di masa hadapan, belum puas lagi rasanya meneroka Budapest.

Destinasi kami seterusnya selepas ini adalah ke Vienna, Austria......

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...