Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday 27 August 2015

Hallstatt, Austria

06/06/2015

Tips - Sewa kereta di Salzburg - tempah kereta sewa awal-awal kalau melibatkan hari minggu di Salzburg.

Oleh kerana kami tidak berniat untuk ke sana-sini dengan kereta semasa di Salzburg, kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta hanya apabila sampai di Salzburg. Selepas settle down dan round Salzburg barulah kami meninjau kereta sewa kerana kami ingin ke Haalstatt (dalam 80km dari Salzburg). Kami minta bantuan staff hotel untuk tempahan. Kami kata okayla mana-mana car rental pun apabila diberitahu bahawa syarikat penyewa kereta tempatan yang popular sudah kehabisan kereta. Rupa-rupa setiap syarikat penyewa yang staff hotel telefon hari itu, semuanya kehabisan kereta sewa. Akhir sekali, staff berkenaan cuba mendapatkan kereta sewa dari seorang mekanik tempatan yang pernah menyewa kereta kepada mereka dahulu. Itupun tidak berjaya. Langkah terakhir, kami bergegas ke stesen Salzburg HBF untuk mendapatkan kereta sewa.  Disitu ada beberapa agensi kereta sewa.. dari satu pintu kesatu pintu kami masuk.. Aduh..!! Tak ada rezeki juga..

Akhirnya terpaksalah kami menempah pakej ke Haalstatt dengan bas pelancongan. Mujurlah masih belum terlambat.  Trip akan bertolak 1 jam lagi..



Cantik pemandangan dalam perjalanan ke Hallstat... Diperjalanan terdapat tasik-tasik yang menjadi pusat tumpuan pelancong.  Andainya kami memandu sendiri, bolehlah singgah... tapi apakan daya... sekadar memandang dari tingkap bus saja lah..





Ibupejabat "Red Bull energy drink".. orang Austria rupanya...

REDBULL HQ

Lagi pemandangan di dalam perjalanan..



Singgah sekejap sebelum sampai ke tempat yang dituju untuk bergambar dengan pemandangan tasik/gunung yang cantik..







Meneruskan perjalanan..




Mereka berkelah di tepi tasik di hujung minggu....







Sampai di Haalstatt...




Mula-mula kami tuju cable car untuk naik ke atas di mana terdapat lombong garam yang tertua di dunia..  Sekali lagi terasa terkilan kerana tidak sempat masuk ke lombong tesebut akibat masa yang tidak mengizinkan.  





Pemandangan apabila berada di atas selepas menaiki cable car..  Bahasa alam yang indah,.. terlalu sukar diterjemahkan dengan kata-kata...






























"Perkampungan" Haalstatt


























Sejurus sebelum menaiki bas untuk pulang semula ke Salzburg..bergambar dengan pemandu pelancong kami..


Tak banyak pemandangan dalam perjalanan pulang.. ramai yang terlentuk..




Menghampiri bandar Salzburg...


Selamat tinggal Austria.. esoknya kami akan ke Croatia pula...


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...