Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday 31 December 2016

Switzerland - Dec 2016; Zurich

(scroll to the bottom for english version)

Kami memulakan percutian pada  pagi 4 Disember, 2016 dengan mengambil penerbangan Emirates (tawaran termurah ditawarkan oleh kelab percutian kami berbanding dengan tawaran-tawaran lain yang ada di online) dari KLIA ke Zurich yang singgah di Dubai untuk pertukaran kapalterbang (Penerbangan balik adalah dari Rome-Dubai-KLIA)

Di Zurich, kami memilih untuk menginap di Hotel Movenpick, Zurich Airport kerana hotel tersebut:-
  • berdekatan dengan Zurich Airport (kami sampai lebihkurang jam 8 malam di Zurich, dah 3 pagi waktu Malaysia)
  • menyediakan perkhidmatan shuttle bus percuma (pergi balik Airport-Hotel) kepada tetamunya yang mana kami gunakan untuk berulang-alik ke stesen Zurich Flughafen selama penginapan 3 hari kami di sana
  • kami mendapat tawaran paling murah/istimewa untuk bilik keluarga apabila menempahnya melalui kelab percutian kami

Semasa di Switzerland (dan Itali) kami memilih untuk menggunakan sistem pengangkutan awam Swiss yang banyak melibatkan penggunaan keretapi dan tram/bas di samping bot-bot.


TIPS

Perbelanjaan di Switzerland agak mahal. Sekiranya anda akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke sana-sini, adalah berbaloi untuk mengambil Swiss Pass. Ini adalah kerana anda boleh menggunakan sistem pengangkutan awam Swiss (keretapi, tram, bas, boat) tanpa had selama tempoh sah pass tersebut. Dengan swiss pass kita juga akan mendapat potongan harga untuk beberapa tiket lain seperti menaiki cable car, private rails, dsb.

Kami membeli Swiss Family Pass di mana kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah percuma (mengembara bersama ibubapa/orang dewasa) dan potongan harga diberikan untuk remaja. Selama 12 hari berada di Switzerland, 2 set Family Pass yang tempoh sahnya adalah 8 hari dan 3 hari (jumlah 11 hari - tidak memerlukannya pada hari pertama sampai), ditempah secara online dari Malaysia (boleh juga dibeli masa berada di sana).

Ianya boleh ditempah dari laman SBB (Swiss Federal Railways), tetapi kami menempahnya dari laman RailEurope kerana kami dapat mencetak (Home print) pass-pass tersebut di rumah dan juga kerana kami ingin berinteraksi secara online sebelum menempah. Pengesahan diterima sebaik saja menempahnya secara online, dan dua-tiga hari selepas itu mereka menghubungi kami melalui emel untuk mendapatkan butiran setiap penumpang (Nama, passport, umur dsb) untuk mereka sediakan pass-pass ini. Setelah disediakan, mereka akan memberikan pautan untuk kami mencetak pass-pass ini.  Pass-pass ini akan sedia digunakan tanpa perlu validation lagi apabila sampai di sana nanti, kerana ia mempunyai code (QR code) untuk di scan (petugas menggunakan smart phone untuk scan) setiap kali kami menggunakan pengangkutan awam (terutamanya keretapi)

Satu hari penuh yang kami ada di Zurich, kami gunakan untuk melawat Uetliberg, the top of Zurich dan bersiar-siar di kawasan Zurich "old town" (Altstadt).

Untuk ke Uetliberg, naik tram No. 10 (arah Uetliberg) di sekitar Bahnhofstrasse, tidak jauh  di luar stesen Zurich HB. Uetliberg adalah stesen terakhir dan dari sana, kami berjalan kaki untuk naik ke puncak bukit (top of Zurich). Cuaca agak sejuk (sekitar minus 1 / 2 degC). Di puncak, pemandangan terhalang oleh kabus, jadi kami tidak dapat menyaksikan bandar Zurich dari atas pada hari itu.


Sedikit foto-foto semasa mendaki di Uetliberg.




Foto-foto sewaktu di puncak..



Ini pula sedikit foto-foto sewaktu bersiar-siar di Zurich Altstadt.



(Bahnhofstrasse)

(Bahagian depan Zurich HB - pandangan dari luar)


Hari ketiga di Zurich, kami checked out pagi dari hotel untuk bersiar-siar di stesen Zurich Flughafen, sebelum bertolak ke Spiez selepas tengahari.



ENGLISH VERSION

We began our family vacation in the morning of 4 December, 2016, flying Emirates (the best flight tickets offer by our travel club compared to any other online offers) outbound from KLIA to Zurich via Dubai and inbound from Rome to KLIA, also via Dubai.

In Zurich, we chose to stay at Movenpick, Zurich Airport because:-
  • it is near Zurich Airport (we arrived Zurich about 8pm, which was already 3am Malaysian time)
  • of free shuttle bus service (to and fro, Airport-Hotel) which service we used to connect us to Zurich Flughafen during our 3-day stay at Zurich.
  • we've got the best online offer for family room when we booked the hotel from our travel club.

TIPS

It is well worth it to use Swiss Pass if you are traveling on-foot all over Switzerland. The pass gives you unlimited travels on all Swiss public transportation system (rail, trams/buses, boats) throughout the pass validity period.

We bought Swiss Family Pass whereby child up to 12 years old travels free when accompanied by adults and some discount for youth. We bought 2 sets of Family Pass, each set having the validity period of 8 days and 3 days,respectively, for our entire 12-day stay in Switzerland.

The Pass can be bought online from SBB (Swiss Federal Railways), but we bought it from RailEurope because we can interact via online prior to purchasing and also because the pass can be printed at home (home print) before reaching Switzerland. Instant confirmation after paying online for the Pass and, 2-3 days after that they contacted us via email to get passengers' details (name, age, passport etc) for them to prepare the Pass. Once ready (almost immediate) we were then given a link to print our Passes. The Pass is then ready for use (no need validation) once you reached Switzerland as it contains QR-code (they scan using smart phone whenever you are on board of a train).

Our one full day (Day 2) in Zurich, we visited Uetliberg, the top of Zurich and some attraction areas of Zurich "old town" (Altstadt).

To go to Uetliberg, board the tram No. 10 (toward Uetliberg) somewhere along Bahnhofstrasse, in the vicinity of Zurich HB. Uetliberg is the last tram station and from there we walked up to the top of the hill (top of Zurich). It was quite cold morning (minus 1 / 2 degC) and the top was foggy. We didn't get to view Zurich city from the top that day.

We checked out early morning on the 3rd day to spend some time at Zurich Flughafen before going to Spiez, our main base in Switzerland.


Thursday 29 December 2016

Johor Bahru, 2016

Sekembali dari Miri/Brunei, setelah berehat sehari, kami ke Johor pula. Rombongan kanak-kanak yang ingin ke Legoland sementara yang dewasa nak ke Johor Premium Outlet di samping menghadiri majlis kahwin di Johor Baru.

Bertolak pagi untuk bersarapan agak lewat sikit di Muar


Berhenti untuk solat Jumaat di Masjid Jamek Yong Peng


Sampai di Homestay yang ditempah di Uda Height, Johor Bahru sebelum waktu Asar.





Keesokan harinya rombongan kanak-kanak pergi ke Legoland seawal pagi waktunya beroperasi sementara rombongan dewasa meninjau Forest City. "Bandar di dalam Taman", yang sedang dibangunkan.



Model bandar yang dipamerkan..



Ini kawasan taman kolam renang di sebelah luar bangunan.







Legoland





Friday 18 November 2016

Bandar Seri Begawan, Brunei - 2016

Oktober 2016

Pagi ni kami bersarapan di restoran Aseaneka lagi sebab,tarikan roti canainya yang sedap, Selain itu suka sangat dengan teh lemon ais yang secukup rasa manis dan masamnya.  Kemudian kami memandu mengikut panduan waze ke Bandar Seri Begawan melalui Kuala Belait.

Pagi Ahad tidak ramai orang di check point imigresen. Mudah untuk melepasinya, tunjuk paspot dan isi borang membawa masuk kereta. Pastikan ada maklumat nombor chasis kereta selain dari tarikh luput insuran/road tax (dapatkan salinan geran kereta). Tol Jambatan Rasau sebanyak B$3 sehala terletak beberapa kilometer selepas check point imigresen.




Kami melencong masuk ke pekan Kuala Belait untuk meninjau kawasan.

Kerajaan langit? - Binaan teko air besar sebelum tiba di pusat pekan Kuala Belait.


Menara di hujung pekan, berhenti seketika untuk ambil gambar mana-mana yang patut.





Sebelum tengahari dah tiba di Bandar Seri Begawan. Jalan tidak begitu sesak. Menara jam di persimpangan jalan ini katanya dihadiahkan oleh kerajaan Malaysia.



Tempat pertama dilawati .. Museum Royal Regalia atau Bangunan Alat Kebesaran Di Raja .. masuk adalah percuma. Tinggalkan kasut/selipar di luar muzium. Alas kaki/selipar disediakan untuk dipakai di dalam muzium.

Petugas muzium di kaunter sambutan tetamu akan meminta kita menanda-tangan buku lawatan serta meminta kita letakkan semua beg/tas tangan/kamera/handphones ke dalam locker berkunci sebelum dibenarkan membuat lawatan ke bahagian dalam muzium.  Antara yang dipamirkan di sini ialah salsilah keturunan di raja Brunei, barangan cenderamata yang dihadiahkan oleh negara-negara asing kepada kerajaan Brunei. 

Gambar-gambar di bawah ini adalah kawasan legar muzium (setelah mengambil semula barangan yang diletakkan dalam locker berkunci tadi). 



Setelah lawatan muzium, kami berjalan kaki ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang terletak tidak jauh dari muzium untuk solat zohor.



Pusing sedikit sebanyak Bandar Seri Begawan, kami ke jeti Kampong Ayer. "Venice of the East" yang dikatakan perkampongan terapong terbesar di dunia? Kami sekadar meninjaunya dari seberang sini, tidak menaiki bot untuk ke sana kerana ada yang dah lapar untuk lunch. Kami langsung makan tengahari di restoran yang berdekatan setelah mendapat saranan dari petugas pakir kereta di sini. Kami sebenar mencari kebab brunei setelah orang Miri sarankan supaya mencubanya.



Kampng Ayer yang nampak dari seberang sini...



Dalam perjalanan pulang ke Miri, kami melintasi Masjid Jame Hassanul Bolkiah....


Minyak kereta kami tidak isi penuh di Miri semasa mula-mula datang tadi, lalu langsung keluar warning masa keluar dari Bandar Seri Begawan. Berhenti di sebuah stesen minyak shell yang ada di tepi highway, mulanya beratur agak panjang untuk mengisi minyak. Lepas tu nampak satu pam tu yang kosong, barulah nampak papan tanda yang mengatakan pam itu khas untuk kereta-kereta asing.

Kami terus mengisi minyak di pam itu. Isi cukup-cukup aja untuk sampai ke Miri sebab harganya per liter lebih mahal untuk kereta asing. Dalam 20km lebih sebelum tiba di check point imigresen, tangki minyak menyala warning lagi, lalu kami melencong masuk ke sebuah pekan berdekatan.

Alkisahnya , kami hanya dibenarkan ihsan B$2 sahaja untuk mengisi minyak kerana stesen itu tidak mempunyai pam untuk kenderaan asing. Itupun kena tunjuk yang minyak kereta sudah warning. Dengan tambahan $2 itu sempat juga kami sampai ke stesen minyak di Miri sebelum tangki betul-betul kering. 

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...