Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday 1 March 2016

Winter di Tokyo, Yoyogi Park

01 January 2016

Selamat datang tahun 2016...

Di Japan, sambutan tahun baru merupakan cuti yang terpenting dalam kalendar mereka. Kebanyakkan kedai-kedai ditutup dari 1 Jan hingga 3 Jan.


Suhu ketika ini sekitar 14C... Posing di kawasan berdekatan apartment dulu  ...


Pada mulanya tak bercadang untuk singgah di Yoyogi Park... tapi bila sampai di stesen Harajuku, dan ramai yang diturun di situ.. maka kami pun ikut serta




Sejurus selepas masuk ke  kawasan Yoyogi Park...





Pameran "sake" dalam barrels..



Berjalan mengikut aliran orang ramai...



Orang ramai menumpu ke arah  "Meiji Shrine".  Kami terperangkap dalam kesesakan manusia, nak berpatah balik dah agak jauh dan laluan pula sehala.. jadi kami ikut sajalah arus..


Orang memang ramai... jalan dua tiga langkah.. berhenti... Walaupun ramai tetapi teratur.. ada petugas yang mengawal laluan.. angkat papan tanda minta berhenti seketika...


Sikit punya lambat untuk melepasi kawasan shrine ini.. kami mencari laluan yang melencong dari shrine dan barulah ada ruang untuk berjalan laju



Dah lepas... lega sikit berjalan..


Nampak macam kawasan untuk membeli belah.. tak masuk sebab penuh sesak dengan orang ramai..


Perjalanan keluar dari kawasan Yoyogi Park...


Suatu upacara menyangkut kertas impian(?).. teringat kepada upacara agama kristian yang menampalkan kertas-kertas di sebuah dinding di Ephesus (The House of Virgin Mary), semasa lawatan ke Turki dulu ...



Gerai cenderama upacara pada hari sambutan tahun baru di Yoyogi Park



Ada sesuatu kepercayaan atau amalan apabila nampak ramai orang menggunakan air untuk membasuh muka, tangan dan juga kaki..




Berhampiran pintu keluar, melalui kawasan gerai makanan dan minuman..



Berjalan untuk mula meninggalkan kawasan Yoyogi Park..



Ada yang prihatin, bertanya khabar kawan yang berguling di atas tar...


Keluar kawasan.. ada yang bye-bye.. with "Free Hug and Kiss"..




Sebelum sampai ke stesen Harajuku, kami melencong ke Takeshita-dori lagi ...



Sebab utama nak ke sini... mencari crepe lagi..



Selepas ini (post seterusnya).. mencari masjid di Tokyo.. Tokyo Camii..

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...