Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday 30 April 2016

Ada Apa di Kuala Selangor

18 & 19 March 2016 - Kuala Selangor


CENDOL

Percutian kali ini bermula dengan menikmati Cendol Bakar Kuala Selangor.Namanya yang unik memberikan tanggapan cendol yang dibakar? Ada yang mengatakan bahawa ianya sempena nama pemiliknya, "Bakar". Ada juga yang mengaitkan nama "Bakar" kerana gula merahnya dimasak secara dibakar atas arang.


Selain gerai cendol, banyak lagi gerai-gerai lain yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman..


Ini Cendol Bakar yang kami order... tapai, pulut dan tak miss... durian


Budak dua orang tu suka sotong tepong ini, order dua kali... masa balik, singgah lagi..makan serta bungkus bawa balik..



Satu lagi cendol yang kami cuba sementara berada di Kuala Selangor... Cendol Borhan



BUKIT MALAWATI

Sudah begitu lama tidak mengunjungi Bukit Malawati. rasanya,kali pertama kami ke sini adalah pada 1990an dulu.. Bukit Malawati pernah menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Selangor pada akhir abad ke -18 dan awal abad ke -19.

Pada hari-hari biasa/bekerja, kita boleh memandu kereta untuk ke atas bukit manakala pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), kereta dipakir di bawah dan perkhidmatan keretapi ke atas bukit disediakan, dengan sedikit caj bayaran.

Antara peninggalan sejarah/tempat-tempat yang boleh dilawati di sini:-
Terdapat tiga buah makam Sultan Selangor, iaitu Sultan Selangor pertama, Sultan Salahuddin (1742-1778), Sultan Selangor kedua, Sultan Ibrahim (1778-1826); dan Sultan Selangor ketiga, Sultan Mahmud (1826-1857). 
Pada zaman dahulu, airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka.
 



Dikatakan batu hampar ini digunakan pada zaman dahulu sebagai tempat memancung penderhaka. Ada juga yang berpendapat bahawa batu ini digunakan oleh baginda Sultan Abdul Samad sebagai tempat bersemayam sewaktu memerhatikan pekan Kuala Selangor
 

Terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ianya ditemuidi pinggir Sungai Buluh, 12 km ke selatan Kuala Selangor pada 23September 1966. Nama asalnya ialah “Petoi Boga” bererti Puteri Putih.Dinamakan Meriam Penggawa adalah atas kerana inisiatif Datuk PenggawaPermatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor yang membawa meriam itu ketempatnya.Ada yang mengatakan bahawa meriam ini pernah 2 kali meletup dengan sendirinya.
 


Rumah api ini sudah berusia lebih 100 tahun, di bina pada tahun 1907 dan mula beroperasi pada 1910.
 

Muzium Permainan ditutup semasa ziarah kami.


  • Busut Malawati
Di kawasan busut Malawati ini terdapat pohon Sena yang telah berusia 200 tahun. Ia dikatakan adalah tempat Sultan bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.


Di atas bukit Malawati ini, kawan-kawan yang ini yang menjadi tumpuan lebih kepada budak-budak itu..







Beli makanan mereka kat sini.. tapi nampaknya haiwan-haiwan itu lagi suka hampir pada yang berikan mereka jajan/snek ringan.. agaknya dah bosan makan sayur-sayuran




KELIP-KELIP KG KUANTAN


Masa yang paling sesuai untuk menyaksi kelip-kelip adalah ketika air pasang kerana sampan boleh didayung dekat dengan pokok berembang,  dan dalam suasana gelap gelita (bukan pada waktu bulan mengambang/cerah).  Mula beroperasi pada jam 7.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari.



Ini bayaran yang dikenakan untuk sebuah sampan, boleh dinaiki oleh 4 orang dewasa atau sehingga 4 + 2 orang (dua orang kanak-kanak) untuk tempoh lebihkurang setengah jam.




Short video kelip-kelip yang kami rakam semasa merapati pokok beremban dengan sampan... nampak tak?


Tidak jauh dari Kg Kuantan, ada tempat baru untuk melihat kelip-kelip tanpa menaiki sampan, yang menyediakan trek berjalan kaki melewati pohon-pohon berembang tempat kelip-kelip bersarang. Bayaran untuk melihat kelip-kelip disini adalah RM5 seorang, berjalan mengikut trek yang disediakan disepanjang pokok berembang.  Ada empat buah chalet di sini bagi yang ingin bermalam

Akviti-akviti lain selain dari melihat kelip-kelip yang boleh di lakukan di chalet ini adalah sepeti yang dipaparkan dalam biz-card berikut:-



MANDI WAP

Kawan telah mencadangkan untuk mandi wap di sini jika ke Kuala Selangor.  Tempatnya biasa-biasa sahaja tetapi pengunjungnya agak ramai.  Bermula jam 9 pagi setiap hari ada menyediakan mandi wap herba.  Pada tengah bulan 13, 14 dan 15hb. mengikut kiraan kelendar islam disediakan mandi wap bunga.  Bayarannya ialah RM15 seorang dan bayaran masuk sebanyak 25sen.

Alamatnya: Lot 88 Batu 7, 45500 Tanjung Karang, Selangor





NASI AMBENG WARUNG IBU

Singgah di warung ini (terletak di tepi jalan) selepas selesai mandi wap. Lokasi: Batu 3, Jalan Besar Tanjung Karang ( Lebih kurang 10-15 minit dari Pekan Kuala Selangor). Mula dibuka jam 10 pagi hinggalah 3 petang. 



PASAR IKAN PASIR PENAMBANG

Hasil lautan yang segar boleh didapati di pasar ini. Bubblyntes ada memberi sedikit panduan  membeli belah di sini (KLIK).
 

Tidak jauh dari pasar Pasir Penambang, adalah lagi satu pasar segar yang lebih kecil, iaitu Pasar Nelayan Sungai Yu. Harga tangkapan hasil laut di sini dikatakan lebih murah dari di pasar Pasir Penambang. Jualan di sini bergantung kepada hasil tangkapan nelayan kecil.. kadang-kadang banyak.



Hasil borongan seafood segar di Kuala Selangor, kami kemudiannya (setelah pulang dari percutian Kuala Selangor) bermenu "shell-out" di rumah ramai-ramai..


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...