Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday 19 April 2016

Percutian ke Da Nang, Vietnam

14 Februari 2016 - 17 Februari 2016

Bercuti pendek, menghirup udara angin Laut China Selatan di Da Nang, Vietnam...


Sejak bulan April 2016, laluan penerbangan airasia KLIA2 ke Da Nang sudah semakin kerap, hampir setiap hari ada satu penerbangan berbanding semasa kami pergi penerbangan hanya 3 kali seminggu. Nampaknya Da Nang semakin menjadi pilihan destinasi rakyat Malaysia untuk bercuti.

Flight mengambil masa lebihkurang 2 jam 30 minit untuk tiba di Airport Da Nang. Tidak perlu visa, tidak perlu mengisi borang ketibaan, dan custom clearance pun lancar



Shuttle hotel telahpun menunggu ketibaan kami di luar balai ketibaan..



Sebelum ke hotel, kami beli sim kad Vietnam ... lebih murah dari roaming..




Sekitar 15 minit sahaja perjalanan untuk sampai ke hotel.  Masih agak awal dari waktu check in biasa, kami tepaksa menunggu bilik untuk disiapkan. Agak lama menunggu di lobi kerana Hotel Diamond Sea pada waktu itu penuh dengan tempahan. Ada group macam pasukan tentera/keselamatan dari Jepun yang menginap di hotel yang sama.


Sementara menunggu bilik, kami ke tingkat paling atas meninjau pemandangan dan kolam renang...





Pandangan 360 darjah sekeliling tepi laut bandar Da Nang dari tingkat atas hotel...









Inilah bilik kami... bilik biasa (bukan sea view). Luas, selesa dan lengkap... tempahan menerusi kelab percutian kami, yang memberikan harga terbaik dari kesemua laman-laman tempahan online yang ada..





Setelah settle down, kami memulakan akviti.. dengan satu famili dari Malaysia yang tiba dan menginap di hotel yang sama.  Dengan bantuan staff hotel kami menempah van 6 seaters dengan bayaran 1.2juta dong (lebihkurang RM200) untuk tempoh 3pm hingga 9pm, programnya  ke Marble Mountain. dan Hoi An.

Sebelum sampai ke Marble Mountain, kami singgah dulu di kilang Pottery yang berdekatan...







Untuk naik ke Marble Mountain, tiket masuk 15 ribu dong (lebihkurang RM2.50)  dan tiket lift/elevator 15 ribu dong juga, untuk naik sahaja. Jika bercadang untuk turun dengan lift juga, tiket boleh dibeli di atas bukit.  Kami memilih turun menerusi tangga batu laluan gate 1. 




Ini lift/elevator untuk naik (dan turun)...





Kawasan di Marble Mountain ini nyaman untuk bersiar-siar... ia merupakan sebuah taman kuil di atas bukit..




Pandangan dari atas bukit..







Kawasan taman yang berdekatan dengan kuil..






Menuruni bukit menerusi tangga batu...




Seterusnya kami menuju  ke Hoi An (Ancient Town)  yang merupakan sebuah tapak bandar lama yang tersenarai dalam UNESCO world heritage list. Hoi An terletak lebihkurang 30km dari Da Nang.


Dikenakan bayaran masuk untuk berjalan-jalan di kawasan Old Town Hoi An ini (120,000 dong seorang, sekitar RM20)....







Cantik pemandangan di waktu senja..







perahu-perahu ini boleh disewa untuk menyusuri sungai..




Di kawasan ini banyak kedai-kedai cenderamata dan restoran untuk pelancong-pelancong. Ada juga rumah pameran/muzium (perlu tunjuk tiket yg dibeli sewaktu mula-mula memasuki kawasan) untuk masuk ke rumah-rumah/muzium pameran. Ada juga pasar di dalam kawasan ini..







Kadar tukaran wang di money exchange yang terdapat di kawasan pelancongan Hoi An.



Di hotel, walaupun boleh buat tukaran wang, kami disarankan oleh staff hotel untuk tukar wang di kedai-kedai emas (contoh gambar di bawah, salahsatu kedai emas yang ada di Da Nang) .. mungkin kadar-tukarannya lebih bagus dari money exchanger kot? (Kami tak tukar kerana dah tukar dong di Malaysia - mungkin lebih baik tukar di Vietnam rasanya)




Malam.... masih di Hoi An sebab famili yang satu lagi tu nak dinner dulu sebelum balik hotel.. Sambil tunggu dia orang habis dinner, kami round-round lagi kawasan Hoi An..






Balik ke bilik.. jam sudah 9.00 malam.. terasa perut yang kosong minta diisi.. kami pun telepon Muntaz Restaurant untuk pesanan makanan.  Dalam masa 30 minit, makanan yang kami order nasi goreng vege, ayam tandori dan roti nan, sampai ke pintu bilik..






Hari Ke-2 - Explore City of Da Nang on foot..


(kain silk di sini agak berpatutan harganya)



Dataran sambutan tahun baru 2016..





 Berpandukan google map/waze di tangan, kami menapak ke Han Market








Dari Han Market.. kami menapak pula ke kawasan shopping mall Parkson. Berhenti minum kopi Highland di cafe sebelah Parkson. Dari sana kami menapak pula ke Dragon Bridge yang di dalam arah perjalanan pulang ke hotel. Adalah dalam 4 km menapak dengan hasrat untuk sampai ke hotel. Tapi setelah menyeberangi Dragon Bridge, kaki dah mula sakit dan terus melambai teksi... hahaha..


Dari area Parkson tadi kami memilih lorong-lorong (bukan jalanraya utama) ke arah Dragon Bridge. Hmm.. terasa macam lebih 'selamat' dari lorong-lorong di KL?


Salah satu lorong yang kami lalui sebelum muncul ke kawasan sebuah sekolah. Bertanya orang untuk pastikan perjalanan kami menuju arah ke Dragon Bridge.




Sampai ke kepala Dragon Bridge.. sebelum menyeberang ke sebelah sana, spend masa bersiar-siar dulu di kawasan taman/persisir sungai..









Taman kecil .....





Kemudian kami menapak menyeberang Dragon Bridge hingga ke seberang sebelah sana. Tiupan angin agak kuat bila berada di tengah-tengah jambatan...


Hari ketiga... kami reserve untuk bersantai di kawasan pantai di depan hotel (Pantai My Khe) dan ber-spa di hotel.


Masa puncak untuk menikmati keindahan pantai di sini ialah pada musim panas dari bulan Mei - Ogos, kerana langit yang cerah, laut yang membiru dan pandangan yang jelas.  Tapi bagi kami, keadaan cuaca yang sekarang ni sangatlah nyaman dan selesa, tiada panas membahang, sangat selesa untuk berjalan-jalan.

My Khe Beach (China beach) depan hotel














Ini dia restoran Mumtaz, satu-satunya restoran Halal yang ada di Da Nang... kami datang untuk early dinner..

Mungkin di masa depan, akan ada lebih banyak lagi tempat makan "Halal"

Sebelum dinner, kami singgah dulu di kedai runcit di hadapan restoran untuk membeli beberapa paket kopi vietnam.









 Hari keempat.. hari akhir percutian - breakfast di hotel dan bersiap-siap untuk ke airport.


Free hotel shuttle disediakan semasa ketibaan sahaja. Masa pulang, untuk ke airport dari hotel, dikenakan bayaran, tapi rasanya lebih murah dari sewa teksi.


Pada hari pertama breakfast di hotel, sambil meninjau-ninjau makanan yang disediakan (yang boleh dimakan), kami disapa oleh Chef hotel. Setelah memastikan kami ini pelancong muslim, Chef tersebut offer untuk menyediakan sarapan khas untuk kami berdua. Masakan seafood, vege, bahan-bahan masakan dari plant-based. Sejak hari pertama hingga hari pulang, tanpa diminta, kami mendapat sarapan khas, siap dihantar ke meja makan...


Dari pengalaman kami melancong keluar negara, kami rasakan pihak hotel hendak sangat melayan keperluan diet seorang muslim... mungkin bilangan pelancong muslim kita tidak begitu ramai yang memilih untuk menginap di hotel-hotel sebegini untuk membolehkan mereka lebih serius melayan keperluan kita...





TIPS lain - Da Nang

Pakej dari tour-desk hotel...
1. Jika bercadang bercuti panjang di Danang, banyak lagi tempat-tempat yang boleh dikunjungi seperti.. Son Tra (monkey) Mountain, Ba Na Hill (40km away), Cham Island.

2. Matawang US tidak meluas digunakan di sini, banyak urusniaga dalam matawang dong

3. Di Han Market, lebih murah untuk membeli souvenir berbanding dengan Hoi An. Pun begitu kain-kain agak mahal jika berbanding dengan Ho Chi Minh.

4. Boleh saja ke Hoi An dengan mengambil teksi (bermeter) sehala sebab di Hoi An pun senang untuk dapatkan teksi untuk balik semula ke Da Nang.  Teksi bermeter seperti Vinasun dan Mai Linh yang boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik. 

5. Disekitar Hotel Diamond Sea, banyak lagi pilihan hotel yang lain. Banyak lagi hotel2 yang sedang dibina memandangkan Da Nang bandar baru yang sedang membangun dan agak tersusun. Hotel di kawasan sini tidak mempunyai kawasan pantai persendirian, kerana kedudukannya di seberang jalanraya. Teksi senang di dapati di kawasan hotel ini.

6. Boleh beli kopi vietnam untuk bawa balik.

7. Penggunaan bahasa inggeris agak terhad di kalangan penduduk tempatan.


4 comments:

  1. Terima kasih di atas tips di atas. I'm going to Da Nang next week. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. mekasih tips d atas. sangat membantu. tq

    ReplyDelete
  3. Jom ke HCM – Dalat – Mui Ne 2020!!!!!! Hanya RM1500/pax termasuk flight + transport + hotel + meal + entrance fee + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk full itinerary boleh ws 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...