Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday 12 April 2017

Italy - December 2016 Leaning Tower of Pisa

Tips membeli tiket keretapi di Italy

Beli tiket-tiket perjalanan keretapi Italy di stesen-stesen keretapi. 

Oleh kerana ini adalah kali pertama kami menggunakan sistem pengangkutan keretapi di Italy, tambahan pula membaca 'review' yang kurang menarik berkaitan dengan pembelian tiket-tiket perjalanan keretapi di stesen-stesen keretapi Italy, kami membuat keputusan untuk membeli tiket perjalanan seterusnya (Florence dan Rome) secara tempahan awal di kaunter agen SBB yang ada berdekatan dengan tempat menginap kami. Harga tiket adalah sama dengan yang dipaparkan di dalam Trenitalia mobile app., cuma kami kurang pasti bagaimana urusan pembelian melalui mobile app dan bagaimana nak mendapat tiket tu nanti setelah menempahnya melalui mobile app.


Sebenarnya ianya lebih menguntungkan membeli tiket-tiket perjalanan di stesen-stesen keretapi Italy sekiranya ia melibatkan pembelian tiket untuk penumpang bawah umur (kanak-kanak). Harga tiket adalah separuh dari orang dewasa sekiranya dibeli di stesen keretapi. Kami tidak dapat diskaun ini semasa membeli tiket perjalanan di kaunter agen (harga yang dipaparkan di mobile app juga tidak menunjukkan separuh harga bagi penumpang kanak-kanak)

Review yang kami baca sebelum ke Italy, rata-rata mengatakan ianya susah untuk membeli tiket di stesen atas faktor bahasa komunikasi, mereka kurang mesra?, kena berada di barisan yang betul untuk membeli tiket dsb yang kami dapati tidak benar sama sekali. Pernah sekali kami mendapat tiket untuk stesen yang salah (oleh kerana mereka tidak fasih berbahasa inggeris), tetapi mereka tetap mesra dan tidak 'rude' apabila terpaksa betulkan semula tiket yang kami hendak itu. Lagipun di stesen keretapi, terdapat kiosk-kiosk layan-diri untuk membeli tiket yang tidak payah sangat untuk menggunakannya. Harga tiket kanak-kanak pun separuh harga.

Dalam 'review' juga mengatakan, adalah lebih baik untuk membeli tiket perjalanan keretapi dari point-to-point kerana tiada tawaran 'travel-pass' yang berbaloi. Mungkin metro/subway (Milan/Rome) ada 'pass' yang berbaloi bergantung kepada bagaimana anda hendak bergerak. Kami lebih banyak berjalan kaki di Milan dan Rome dan hanya perlu kepada subway untuk satu atau dua perjalanan sahaja.


Antara tujuan utama ke Italy adalah melawat tapak menara condong Pisa yang terkenal itu. Kami menaiki train dari La Spezia Central ke Pisa Centrale station, lebih dari setengah jam perjalanan dengan tren express. 

Host kami di La Spezia memberitahu stesen paling dekat dengan kawasan menara condong Pisa adalah stesen Pisa S. Rossore. Kalau adventurous bolehlah turun di sini dan berjalan kaki melalui kawasan perumahan untuk ke menara condong Pisa. Host kami beritahu bahawa stesen ini tidak mempunyai servis pengangkutan awam lain (?). Seingat kami tren express berhenti seketika di stesen ini. 


Di Pisa Centrale station, beli tiket bas dua-hala di gerai menjual surat-khabar yang terdapat di dalam stesen. Stesen bas untuk ke menara condong Pisa berada di bahagian hadapan luar stesen. Tanya orang bas mana yang menuju ke sana, selalunya bas yang ramai dinaiki oleh pelancong-pelancong. 



Kemudian tanya tempat turun di mana, juga selalunya tempat yang paling ramai sekali turun. Dari situ, berjalan kaki ke kawasan menara condong. Senang, ikut orang ramai kerana tidak ramai orang awam Italy dapat berbahasa inggeris dengan fasih.



Kemudian sampai di gerbang pintu masuk kawasan menara condong..





Photo-photo di dalam kawasan menara condong..




Menara condong Pisa...



Masa berjalan balik ke stesen Pisa Centrale, pastikan tempat menunggu bas. Kami pada mulanya menunggu bas di tempat turun tapi tidak nampak ada gaya bas berhenti di situ. Kami bertanyakan orang awam Italy di situ yang faham bahasa Inggeris yang menunjukkan tempat menunggu bas yang sebetulnya. Rupanya bas datang dari arah yang berlainan dan mengambil laluan berlainan, tidak seperti laluan tiba tadi. Tempat menunggu bas untuk balik ke stesen yang terletak seberang jalan bangunan ini (bangunan ini di lalui tadi semasa berjalan kaki ke kawasan menara condong)

(tempat menunggu bas untuk balik semula ke Pisa Centrale)

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...