Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday 10 May 2017

Italy - Dec 2016 Rome

Setelah rasa cukup sudah merayau di kawasan Vatican City, kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel dengan berjalan kaki sambil singgah di tempat yang menarik di sepanjang perjalanan. Adalah dalam 6km berjalan kaki untuk sampai ke hotel.


Castel Sant D'Angelo - Tempat pertama kami singgah dalam perjalanan balik (selepas Vatican City dan Hard Rock Cafe). Tidak jauh dari kawasan Vatican City. Bangunan ini terbina sejak tahun 123 AD.




Di kawasan depannya ada yang mencari rezeki. Kalau ambil foto mereka ini, berilah wang seikhlas anda.


Ada beberapa jambatan (ponte?) lama merentasi sungai Tiber.




Ponte D'Angelo, jambatan di hadapan Castel Sant D'Angelo yang kami rentasi untuk meneruskan perjalanan pulang ke hotel...



Melewati San Salvatore in Lauro di seberang jambatan..


Hari dah gelap.. berhenti makan malam dulu di sebuah restoran Italy... biasalah.. quatro formaggi pizza, kemudian salad italy dan seafood pasta..




Selepas makan malam, berjalan menuju ke kawasan Piazza Navona... tempat-tempat singgah ini sebenarnya disarankan oleh pihak hotel kami masa selepas check in tengahari tadi..








Dari Piazza Navona kami sampai pula ke kawasan Pantheon...




Fontana di Trevi - satu lagi tempat yang amat menarik yang kami singgah selepas Pantheon...





Santi Vincenzo e Anastasioa Trevi



Sampai ke Piazza della Repubblica, dah tidak berapa jauh lagi nak sampai ke hotel....






Basilica St Maria Degli Angeli


Lebihkurang beginilah susunan katil bilik hotel kami ...


Pada keesokan harinya.....

Mula-mulanya aim nak pergi ke Saravalle Designer Outlet yang lebihkurang sejam setengah perjalanan (kereta/bas) dari Milan. Oleh kerana masih belum mahir dengan sistem pengangkutan, idea shopping outlet ini ditangguh ke La Spezia atau Rome (sekiranya masa mengizinkan). Bila tiba di La Spezia, terasa tidak cukup masa pula tambahan lagi rasanya designer outlet berdekatan La Spezia itu kurang menarik berbanding dengan yang ada berdekatan dengan Rome.

Akhirnya, squeeze juga satu itinerari lawatan ke Castel Romano Designer Outlet yang berdekatan dengan Rome, di hari kedua. Kami beli ticket shuttle bus di newstall berdekatan dengan hotel kami menginap, yang mana stesen pickupnya juga tidak jauh, berdekatan dengan stesen Roma Termini.


Castel Romano Designer Outlet terletak lebihkurang 25km dari hotel penginapan.



Balik dari Castel Romano, dengan tidak ada tujuan tertentu sebenarnya, kami memutuskan untuk ke kota Rome lagi. menyusuri kawasan membeli belah di Via Nazionale hingga ke Repubblica, yang terdapat banyak kedai yang berjenama terkenal.

Kemudian mencuba Time Elevator, seperti yang terpampang dalam leaflet pelancongan yang ada di hotel kami.


Naik bas di terminal bas yang ada di stesen Roma Termini ke Piazza Venezia, dan dari sana berjalan kaki menggunakan google maps ke tempat Time elevator.


Piazza Venetia sebelah malam, sebelum menaiki bus selepas menonton Time Elevator...


Time Elevator biasa-biasa saja, tengok wayang 4D (kerusi duduk goyang-goyang, gegar-gegar etc), cuma yang lainnya sikit untuk dapat mengetahui sedikit-sebanyak sejarah Rome. Cerita dari zaman dulu hingga ke zaman moden kini.



Masuk dan beli tiket di kaunter. Dapat juga diskaun seperti yang ditawarkan jika membelinya awal dari ejen-ejen perlancongan. Mungkin nak menyambut krismas kot.


Tunggu giliran next show.... (take note juga masa show untuk jimatkan masa, tidak sampai terlalu awal ataupun terlewat sehingga terlepas waktu show)


Terjumpa member sekolah APIIT (now APSS) kat Time Elevator yang juga datang bercuti bersama keluarga ke Rome waktu itu..  Bertahun-tahun tak jumpa selepas tamat sekolah... boleh pula terjumpa di sini..





No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...