Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday 25 March 2018

Genting Premier Outlet - Mac 2018


Sejak Genting Premier Outlet (GPO),  dibuka pada pertengahan tahun lepas, baru sempat kami berkunjung.. meninjau jalan-jalan cuci mata...


Seronok  meninjau sebab tidak ramai sangat pengunjung waktu itu, hari kerja pertengahan minggu dan bukan musim sale.  Banyaknya outlet.. lebih 150 designer brand stores, macam-macam pilihan ada..

Dari Kuala Lumpur, menuju Genting Higlands, apabila mula memasukki kawasan Gohtong Jaya, berhenti sebentar di pemeriksaan untuk polis bantuan melihat dan mencatat butiran myKAD sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.


Pakir di GPO, RM2/jam untuk hari biasa dan RM3/jam untuk hari minggu. Cuaca masa mendaki Genting Highlands, nyaman berkabus dan terasa lebih sejuk daripada kali terakhir kami menjejak kaki ke kawasan Genting Highlands. Sudah tidak ingat bila dahulu, sebab sudah lama tak berkunjung ke Genting Highland. Tapi rasanya kali terakhir ke sana adalah lebihkurang 4 tahun lalu (KLIK). Dan ini pula adalah kunjungan pada tahun 2006 (KLIK), di samping beberapa kunjungan hujung minggu pada 1990an.

Menonton live concert Kitaro di sana pada 2011 dahulu.


Time untuk berposing..senang..orang tak ramai..


Sebelum pulang kami mencari restoran untuk makan tengahari.. berkenan dengan menu di George  & Dragon Cafe.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...